Apa itu Avatar? Gravatar?

Apa Itu Gravatar

Sebenarnya,aku baru je tukar gambar gravatar, perasan tak?

apa itu gravatar

Screenshot di atas adalah gambar gravatarku sebelum ini. Gambar ini diambil semasa masih belajar kat universiti lagi. Gambar 10 tahun yang lepas sebenarnya.Hehe

Jadi, aku pun menukar gambar gravatar kepada gambar yang lebih terbaru. Jeng..jeng..jeng.. ini dia gambar terbaru aku..Haa..amacam?

Gravatar Bloggerwanita.com di komen

 

Mesti ada rakan pembaca yang bertanya, Apa benda la pula Gravatar ni?

Kalau korang selalu menjenguk kat blog Bloggerwanita.com ni, korang akan nampak, ada pengkomen yang mempunyai gambar kecil di tepi nama mereka dan ada juga gambar pengkomen yang hanya seperti gambar grafik kartun seperti di bawah. Betul tak?

Gravatar Kartun

Haa, inilah soalan yang biasa ditanya oleh blogger-blogger baru.

[quote]”Kenapa gambar mereka tidak keluar di sebelah nama penulis komen, sebaliknya hanya gambar grafik yang tertentu?”[/quote]

[box]Gambar profile kecil yang keluar di ruangan komen inilah yang kita panggil sebagai Gravatar.[/box]

Apa pula Avatar?

Kalau mengikut wikipedia, avatar adalah gambar yang digunakan bagi mewakili pengguna internet sama ada gambar seseorang atau gambar grafik tertentu. Biasanya, pengguna internet menggunakan avatar yang sama bagi memudahkan mereka dikenali di dunia cyber seperti di forum-forum, komuniti online, laman web dan juga blog.

Apa itu Gravatar?

Logo Gravatar

Gravatar pula adalah singkatan bagi Globally Recognized Avatar. Dalam bahasa melayunya, gambar avatar yang dikenali umum atau global. Ia adalah gambar profile kecil yang biasanya bersaiz 80 X 80 pixel yang mewakili seseorang individu atau blogger.

Gravatar ini akan muncul di mana-mana blog yang membenarkan penggunaan gravatar ( Gravatar-enabled site) jika blogger meninggalkan komen di blog tersebut.

[quote]Gravatar akan sentiasa sama bagi seseorang individu jika dia menggunakan satu email yang sama.[/quote]

Apa Kelebihan Menggunakan Gravatar?

Blogger hanya perlu muatturun gambar gravatar sekali sahaja dan boleh digunakan di mana-mana laman web atau blog bagi mewakili dirinya.

Bagaimana cara nak mendapatkan gravatar ini?

  • Pergi ke laman web Gravatar iaitu http://en.gravatar.com
  • Daftar Gravatar.com dengan menggunakan akaun wordpress.com secara percuma
  • Jika tiada akaun wordpress.com, kena daftar terlebih dahulu sebelum daftar dengan gravatar.com.
  • Pastikan mendaftar dengan email yang sentiasa digunakan oleh blogger kerana email inilah yang akan membawa gravatar blogger dari satu blog ke satu blog yang lain.
  • Setelah proses pendaftaran selesai, upload gambar yang ingin digunakan sebagai gravatar dengan klik butang Add an Image
  • Pilihlah gambar yang menarik bagi menggambarkan diri korang.

Kat bawah ni, video tutorial berkaitan Gravatar yang aku jumpa kat Youtube.

 

Selamat Mencuba!

Apa Itu Gravatar

19 thoughts on “Apa itu Avatar? Gravatar?

    1. senang je Suzela.. selamat mencuba..kalau dah tukar gravatar, singgah komen kat sini, boleh tengok gravatar terbaru.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge