Apa itu Alexa Traffik Rank?

Apa itu Alexa Traffik Rank?

Aku rasa dah ramai yang tahu apakah itu Alexa Ranking atau pun Alexa Traffic Rank. Bagi yang masih kurang faham, Alexa Rank ini adalah satu analisis jumlah trafik atau pengunjung setiap hari pada sesuatu blog atau website, yang dibuat oleh Alexa.com bagi menentukan ranking atau kedudukan blog atau laman web tersebut. Ranking ini boleh dibandingkan dalam sesesuah negara atau mengikut kategori laman web masing-masing.

logo-alexa

 

Alexa rank = Alexa Traffik rank = Alexa ranking = Trafik Alexa rank

( Maksud yang hampir sama)

Bagaimana Alexa Rank berfungsi?

Trafik Alexa rank ini adalah berdasarkan data trafik atau data pengunjung yang dikumpulkan selama 3 bulan dari semua pengguna internet yang menggunakan Alexa Toolbar dan juga trafik dari sumber yang lain .Trafik dari sumber lain ni, aku pun tak berapa pasti. Sebabnya, masa mula-mula perkhidmatan Alexa Rank ini dibuat, data yang diperolehi adalah sepenuhnya dari Alexa Toolbar sahaja.

 

Apa kegunaan Alexa Toolbar ini?

firefox-alexa-toolbar

Setiap orang yang ingin menggunakan khidmat Alexa rank ini perlu berdaftar dengan Alexa.com dan perlu install atau memasang Alexa Toolbar ini ke web browser dalam laptop masing-masing. Alexa Toolbar inilah yang digunakan untuk mengesan dan menganalisi jumlah data trafik setiap  blog atau website. Kalau korang yang tengah baca blog aku ini dan sudah memasang Alexa Toolbar di laptop korang, maka, maka lawatan korang ke blog ini dikira sebagai trafik. :)

 

Apa pula Alexa Traffik Widget?

Alexa traffik widget adalah code yang  perlu kita letakkan di blog atau laman web untuk menunjukkan ranking Alexa kita yang terbaru. Contohnya, macam kat bawan ni:

alexa-ranking-bloggerwanita-jun-2011

Tanpa Alexa Toolbar, Alexa ranking ni tepat ke?

Analisis data yang digunakan mungkin tidak tepat kerana hanya data yang dikumpul dari Alexa Toolbar dan beberapa sumber lain digunakan dan tidak dapat menunjukkan jumlah sebenar trafik. Namun begitu, Alexa Rank ini masih penting dan juga popular digunakan.

Kenapa Alexa rank ini Penting?
Sebenarnya Alexa ini tak penting kalau kita buat blog untuk kita sendiri je yang baca. Tapi kalau kita nak buat duit dengan blog macam  nak menawarkan ruang iklan di blog, maka Alexa rank menjadi penting. Sebab kalau Alexa rank kita tinggi maka orang tahu blog kita ini banyak pelawat atau trafik. So mereka pun rasa berbaloi untuk beriklan disini. Sebabnya Alexa rank ini dipengaruhi sepenuhnya oleh trafik yang tiba ke blog kita. So Alexa rank ini macam first impression pelawat yang datang ke blog kita.

Kesimpulannya,

Semakin kecil nombor ranking Alexa –>Alexa Rank meningkat –> Pelawat blog bertambah –> Trafik meningkat –> Income pun Meningkat..

Mudah nak faham kan?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

6 thoughts on “Apa itu Alexa Traffik Rank?

  1. ermm.. baru saya tau, sbelum ni xtau pon, terjumpa entry ni.. tima kasih..
    Lisa recently posted..~ Bau bAdaN TengiK !…sape ???My Profile

  2. salam..
    ermmm..gitu ke..tak tepat
    lah kalau begitu kan..?
    saya utamakan Page Rank lagi..

    Google updated page rank lagi
    jangan terkejut ramai yang turun
    PR mereka..
    zulkbo recently posted..Klip Video Gol Jaringan Theyeb Awana Sepak Menggunakan TumitMy Profile

  3. penting gak la. Untuk cari advertiser. hehe..
    titan recently posted..Komisen pertama dari TipsPTD.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge