Apa Ertinya Kekayaan Jika Kesihatan Tak Terjaga!

Beberapa hari ini, aku banyak jumpa pesakit tekanan darah tinggi atau Hypertension yang selalu terlupa makan ubat atau malas makan ubat disebabkan kerja yang sibuk.  Bila ditanya, mereka sibuk bekerja untuk memberi kesenangan dan kekayaan  kepada keluarga.  Memang betul, kita perlu cari nafkah untuk keluarga tapi kesihatan pun kena dijaga. Betul tak?

Seminggu yang lepas, seorang pesakit lelaki yang baru berusia 42 tahun terkena Angin Ahmar atau pun kita panggil sebagai Stroke. Pesakit tersebut datang ke unit kecemasan disebabkan badan lumpuh separuh badan. Pesakit tu memang ada penyakit Tekanan  darah tinggi sejak 3 tahun yang lepas, tapi disebabkan malas nak makan ubat selama 3 bulan, dia terkena Haemorrhagic Stroke, Stroke jenis salur darah yang pecah disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi. Menyesal pun dah takda guna. Macam mana nak kerja dan tanggung keluarga kalau kita sendiri pun tidak sihat.

haemorrhagic-stoke-angin-ahmar

Gambar hiasan dari Google

Apa yang dikongsi hari ini, adalah sekadar peringatan untuk diri saya dan rakan pembaca semua…

Tips: Pastikan kita tidak lupa makan ubat, letakkan ubat di bag supaya mudah dibawa ke mana sahaja. Anggap ubat tu macam kad pengenalan kita. 🙂

Apa komen korang?

 

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

3 thoughts on “Apa Ertinya Kekayaan Jika Kesihatan Tak Terjaga!

  1. Betul tu Aya. Kak memang letak ubat darah tinggi n kolesterol dlm tas tangan supaya dpt makan selpas sarapan pagi. Mkn pun bukannya byk hanya sekali dlm sehari…perlu disiplinkan diri utk kesihatan diri sendiri, kalau diri sendiri x jaga, x ada org lain boleh bantu!
    teratai recently posted..Tajuk Kerja Kursus Geografi PMR 2013My Profile

  2. Ada tak langkah untuk mencegah hypertensi ni? Mengelak itu lebih baik kan?

    • betul tu cikgu hairul.. mengelak lebih baik dari merawati.. mudah je.. Kawal makan, kurang pengambilan garam,banyakkan exercise dan jangan stress selalu.. kita cakap macam senang je kan? hehe.. tapi yang paling penting kena disiplin.. itu je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge