Anugerah Blogger Popular 2013

“Diumumkan pemenang Anugerah Blogger Popular untuk tahun 2013 adalah dot..dot..dot..”

Haha.. Mungkin tak lama lagi, blogger-blogger akan diraihkan seperti selebriti. Anugerah ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian mungkin dianjurkan. Siap ada red carpet lagi. hehe

Kenapa tiba-tiba aku cakap pasal Anugerah Blogger Popular ni? Sebenarnya, aku ada menjenguk rakan-rakan blogger yang membuat artikel tentang Majlis Sepetang Bersama Blogger yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Memang meriah, walaupun aku tak dapat hadiri sebab duduk nun jauh di sana. 🙂

Apa-apa pun, majlis-majlis sebegini adalah satu penghargaan buat sumbangan blogger kepada masyarakat.

Anugerah Blogger Popular

Gambar Hiasan

Sumbangan? Apa pula sumbangan blogger kepada masyarakat?

Sebenarnya menjadi seorang blogger ini, bukan sekadar kita berceloteh, bergosip dan meluahkan perasaan di blog. Tapi menjadi seorang  blogger juga, menggalakkan kita untuk rajin membaca, rajin memberi pandangan dan komen serta yang paling penting, kita lebih peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

Blogger memberi sumbangan dari segi memupuk budaya suka membaca di kalangan masyarakat kita. Contoh yang paling dekat boleh aku berikan, Dulu, aku paling tak suka membaca. Novel, majalah dan berita memang aku tak layan sangat. Aku hanya membaca sebuah buku kalau ia melibatkan peperiksaan. Hehehe.Kalau tak, jangan haraplah nak baca buku. Tapi alhamdulillah, sejak menjadi blogger, aku suka blogwalking dan membaca post rakan-rakan blogger yang lain, aku suka membaca kisah hidup dan pengalaman mereka. Dan aku juga suka membaca berita untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

Selain itu juga, apa yang boleh aku katakan, menjadi blogger membuatkan kita tidak kedekut ilmu. Kenapa? sebab blogger suka berkongsi ilmu dan pengalaman mengikut kepakaran bidang masing-masing kepada pembaca melalui artikel-artikel di blog mereka. Secara tidak langsung, blogger sebenarnya boleh membantu masyarakat dalam urusan seharian kerana terdapat banyak tips, panduan dan pengalaman yang dikongsikan bagi membantu pembaca yang memerlukan.

Apa lagi sumbangan blogger yang perlu kita hargai?

Sebenarnya, dengan bertambahnya blogger dari hari ke hari, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ( buat gaya ala-ala karam singh walia..hehe), kita sebenarnya memberi peluang kepada orang lain untuk berpeluang menjana pendapatan secara online. Bagaimana? Syarikat-syarikat pengiklanan secara online semakin meriah seperti Nuffnang dan Innity memberi peluang kepada orang baru untuk menjana pendapatan secara online. Lebih penajaan, sponsored review, contest, cabutan bertuah dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk memberi peluang masyarakat menjana pendapatan secara online. Kurangnya Skim Cepat Kaya dalam alam maya ni.

Apa lagi sumbangan blogger yang korang tahu? jom share.. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

18 thoughts on “Anugerah Blogger Popular 2013

  1. Blogger tempat menyampaikan informasi..hehe
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  2. msmw 2013 kan ada…. digi awards pun ada utk blogger ;p
    suarapeople recently posted..Shira Gesa Sakinah Dan Julia Ziegler BerdamaiMy Profile

  3. bila lagi yer ada contest seo? tak sabar i nk join. uhuhu
    Hiburan recently posted..Kelebihan Berzikir Terhadap Otak ManusiaMy Profile

  4. yup 5-10 tahun dulu blogger Malaysia seperti pendatang asing dalam dunia blogging..tapi sekarang tengok..betapa ramai blogger dari Malaysia..memang sesuai la kalau para blogger ni dianugerahkan..sumbangan blogger terhadap masyarakat, diorang dapat tahu macam² pendapat la dari blogger ni..hehe
    Sharafie recently posted..Kawasaki ER6N 2012 Kisah Gadis CunMy Profile

  5. […] if (tg) {tg.appendChild(s);} })(); Sebelum ini, aku ada post tentang Anugerah Blogger Popular 2013. Agak-agak koranglah, bolehkah anugerah seperti ini dianjurkan untuk blogger-blogger Malaysia? […]

  6. banyak blogger yang baru2 ni datang sbb offer domain .my free tu.. lagi meriah.. tahniah kepada blogger2 😉
    Hiburan recently posted..Apa Hukum Hisap Shisha?My Profile

  7. betul tu aya..skrg dunia blog semakin meriah…byk blog2 baru tumbuh bagai cendawan lepas hujan.. 🙂
    Ayie Abas recently posted..Kenangan Zaman Persekolahan DakuMy Profile

  8. Blogger juga boleh menyampaikan mesej keamanan dan kemasyarakatan. Bagi saya blog agak bebas untuk berkongsi maklumat yang memberi manfaat kepada pembacanya.
    akubiomed recently posted..Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

  9. berkongsi pengalaman dan alhamdulillah…sering mendapat email bertanyakan maklumat lanjut dari apa yang dikongsi diblog.
    Kujie recently posted..Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang TertundaMy Profile

  10. Sumbangan Blogger amatlah besar untuk dirungkaikan antaranya seperti Admin yang memberi penerangan di atas, mmg benar-benar belaka…

  11. salam..
    sumbangan saya?
    cuba sampaikan kebaikan
    walau sepotong ayat..harapan
    menjadi sampai ke hati 🙂
    Bro Zulkbo recently posted..Semak Daftar Pemilih 2013 Untuk PRU 13 Secara SMS OnlineMy Profile

  12. salah satu sebab aku tulis blog adalah mempopularkan bandar banting dan cendol banting sehingga sampai luar negara. hoho..
    titan recently posted..Mari Cuti di MalaysiaMy Profile

  13. Sumbangan yang tak elok pun banyak gak spt menambah internet spam, mengedar pornografi, review palsu etc.
    GreenLava recently posted..Understanding Google AnalyticsMy Profile

  14. sumbangan blogger memang banyak sebenarnya.. tapi kalau nak list satu per satu alamatnyaaa… hmmm 😉
    azrijohan recently posted..Top 5 Google Search MalaysiaMy Profile

  15. tak mustahil juga akan ada anugera blogger popular tu pada masa akan datang. kalau tengok sekarang ni pun martabat blogger dah diangkat sikit demi sikit
    Amirez recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  16. sumbangan sebagai blogger? Dalam niche teknologi, dulu artikel teknologi dalam bahasa Melayu payah sangat nak jumpa. Sekarang dah jadi mudah sebab dah ada 2-3 blog teknologi Melayu yang ikhlas menerbitkan artikel-artikel teknologi dalam BM merangkumi topik gajet, software dan perkomputeran. Bagi saya ikhlas menulis itu paling penting. Buat duit dari blogi soal nombor 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge