Angelina Jolie Buang Payudaranya, Kenapa?

Hari ini aku terbaca info dari Nytimes yang menyatakan Angelina Jolie, pelakon wanita Amerika yang terkenal telah melakukan pembedahan pembuangan payudaranya atau dipanggil sebagai Double Mastectomy sejak bulan Februari 2013 yang lepas.

Kenapa Angelina Jolie buang payudaranya? Mesti korang tertanya-tanya kan?

Sebenarnya, Ibu Angelina Jolie telah menghidapi kanser payudara dan meninggal dunia pada usia 56 tahun disebabkan penyakit kanser tersebut. Oleh itu, Angelina Jolie telah membuat ujian Gen di mana Angelina diberitahu bahawa dia telah membawa gen BRCA1 yang memberikan dia risiko sebanyak 87 peratus untuk menghidapi kanser payudara seperti ibunya dan 50 peratus risiko menghidapi kanser ovari. Gen BRCA1 adalah gen yang diwarisi dari ibunya yang berkaitan dengan kanser payudara.

Angelina Jolie risau akan mewarisi penyakit seperti ibunya, maka beliau telah membuat keputusan untuk membuat Preventive Double Mastectomy di mana kedua-dua tisu payudaranya dibuang dan digantikan dengan implan payudara.

Disebabkan pembedahan buang payudara ini, maka risikonya untuk menghidapi kanser payudara telah menurun dari 87 peratus kepada 5 peratus.

Angelina Jolie Buat Pembedahan Payudara

Pada mulanya, Angelina Jolie cuba untuk merahsiakan pembedahannya ini, tapi akhirnya dia mendedahkan juga kerana ingin berkongsi info dan pilihan kepada wanita lain yang mungkin membawa genetik ini dan selalu dibayangi dengan kanser payudara ini.

Doktor mencadangkan hanya mereka yang mempunyai keturunan kanser payudara perlu membuat ujian gen BRCA 1 dan seterusnya preventive double mastectomy.

Buat masa ini, yang aku tahu kat Malaysia, aku rasa takda lagi orang buat pembedahan buang payudara untuk tujuan pencegahan kanser. Adakah yang pernah buat macam tu?

Apa pandangan korang tentang buang tisu payudara sebagai pencegahan awal kanser payudara? jom kongsi info…

 

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

16 thoughts on “Angelina Jolie Buang Payudaranya, Kenapa?

  1. bahaya penyakit kenser payudara ni..emmm
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  2. macam-2 cara utk buang kansre ..

  3. bagi saya plak selagi bleh selamatkan nyawa takde salahnya dia buang, utk kualiti hidup juga. buat apa nak malu, daripada simpan lepas tu terus membusuk dan melarat.
    eiela recently posted..Contest Review Tak Terkalah Ahmadfaizal.comMy Profile (dofollow)

  4. takut pulak. berani betul angelina jolie tu. fuhhhh >.<
    Anis recently posted..Histeria.My Profile (dofollow)

  5. baru-baru ni saya menjalani ujian gen kanser yang dibuat oleh prof di PPUM. masa tu tengah proses kemasukan wad untuk pembedahan right mastectomy. banyak betul darah yang diambil. ast penyelidik tu tak dapat banyak darah masa temubual tu tapi diambilnya juga darah semasa pembedahan berlangsung keesokan harinya. penuh cucukan jarum kat kaki sebab kat lengan darah tak mau keluar. untuk kajian buat la, itu je yang mampu dibantu untuk kebaikan pada masa akan datang.
    Noridah recently posted..Panduan Untuk Makan Dengan Sempurna Semasa Rawatan KemoterapiMy Profile

  6. waahh , bagus btul angelina nie. klau org lain , rse2nya ssah kot nak ambik rsiko mcam dia.
    Wana wazm recently posted..Subhanallah! Meninggal Dalam Keadaan SujudMy Profile (dofollow)

  7. sabarlah ye jolie. nak wat camana kan.
    titan recently posted..Tanya gua 3 soalan.My Profile (dofollow)

  8. yup kat malaysia xpernah dengar lagi org buat begitu kat malaysia…

  9. xpe r yang penting risiko tu menurun…

  10. eisyh ngeri betul , tapi takpe la , buat utk diri sendiri ..

  11. Tahap kesedaran wanita dibarat adalah tinggi. Kalau di Malaysia, kerajaan beri insentif percuma untuk melakukan Pap Smear tetapi tidak tahulah berapa ramai wanita yang menjalani ujian ini.
    akubiomed recently posted..Outing membidik bangunan Keretapi Tanah MelayuMy Profile (dofollow)

  12. takutnya dengan penyakit merbahaya ni..moga2 dijauhkan darinya..
    Mimie Najib recently posted..InsyaAllahMy Profile

    • Perasaan takut dan bimbang belum memadai untuk menghalang kanser ini berlaku. Pengetahuan untuk mengesan pada peringkat awal adalah penting boleh dilakukan pemeriksaan ke atas diri sendiri.

      • yup..tu betul.. kalau ada rasa takut je dah sure penyakit tu blh elak, mmng takde sapa yang kena penyakit kan.. mmng kena ada pengetahuan awal dalam setiap penyakit merbahaya ni..
        Mimie Najib recently posted..InsyaAllahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge