Assalamualaikum semua..
Hampir 8 hari aku tak update blogku ini. Sebenarnya, aku tak sabar-sabar nak kongsi berita gembira bersama rakan pembaca dan blogger.
Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan seorang putera kecilku yang pertama dan baru sahaja keluar dari hospital semalam.
Aku sebenarnya telah dimasukkan ke wad bersalin pada 30hb April 2013 yang lepas, selepas pecah air ketuban awal tapi tidak mengalami kecutan rahim (Contraction). Keadaan seperti ini kita panggil sebagai PROM atau Prelabour Rupture of Membrane.
Anak sulungku ini dilahirkan pada 3 Mei 2013 pada pukul 1.57 pagi melalui kaedah pembedahan ( Emergency LSCS) disebabkan bayi dah lemas dalam kandungan.
Mesti ada tertanya-tanya, Apa kaitan tajuk post ni? Anak sulung dan Anak pengundi?
Sebenarnya, aku telah dikeluarkan dari wad bersalin pada 5 Mei 2013 , iaitu hari yang sama dengan hari mengundi untuk PRU 13. Disebabkan aku sangat semangat nak pergi mengundi, hehe, keluar je dari wad, aku minta pertolongan suami menghantar aku ke pusat mengundi untuk mengundi buat pertama kali selepas bayiku dimasukkan ke wad SCN untuk Phototherapy disebabkan jaundice.
Walaupun dalam keadaan yang masih sakit-sakit akibat parut pembedahan, aku cuba menunaikan tanggungjawabku sebagai pengundi kerana aku tahu 1 undi itu sangat berharga untuk membentuk sesebuah negara.
Kenapa aku bersemangat sangat nak mengundi?
Sebenarnya, aku dah lama pasang niat untuk mengundi tahun ini. 5 tahun yang lepas, aku tak dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai pengundi kerana sibuk bekerja sebagai doktor pelatih ( House Officer) ketika itu. Oleh itu, tahun ini, aku cuba ambil peluang tersebut walaupun dalam keadaan kurang sihat.
Sebab itu, tajuk post ini sebagai anak sulung dan anak pengundi kerana anak sulungku ini adalah anak seorang pengundi. Ya! Ibunya dah jadi seorang pengundi.. ^_^
mak aiiii..cute nya si anak..hehe..seronokan dapat pengalaman mcm ni..hehe
Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
comelnya baby ,,untung-2 awak nanti dapat la baby tu jadi pemimpin negara kita suatu hri nanti 🙂
hehe , kan ? mne tahu. bkal pmimpin. =)
Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-Tubi
tahniah akak..btw..baby akak comel sgt..geram lak tgok..
ivy recently posted..~Top Komentar dicari~
Salam,
Tahniah Aya, comelnye Baby 🙂
wahh semangat lagi ye pi mengundi hehee, dah ler LSCS pulak tu..akak time ni memang terbaring jeler tak larat.
yanmie recently posted..Kerabu Jantung Pisang
waah nak tengok baby 🙂
Ini mmg betul2 hebat! Mmg wanita dilahirkan menjadi manusia hebat. tahniah yer..
baru tahu pemilik blog ni doktor =)
hafizmd recently posted..Jom Audit Diri!
taw takpe , hebat sebab jd dr plus blogger 🙂
tahniah dan pasti memberi pengalaman cukup manis untuk dikenang sepanjang hayat.
kakiblog recently posted..Lelaki Kacak Yang Tak Terkalah Dengan Gadis Comel
Tahniah, dapat baby comel..
Cikgu Hairul recently posted..Gendang Sudah Dipalu
Tahniah sebab selamat melahirkan baby boy n bergelar ibu. Bimbinglah si putera agar menjadi nur ibubapanya di akhirat nanti.
teratai recently posted..Pandangan Anda Tentang PRU 13
Wahh, tahniah dapat baby. comel:D
tahniah jugak sebab dapat mengundi 🙂
Anis recently posted..Aku Dan Churpchurp
Tahniah dapat baby.. Semangat jugak ye keluar hospital terus pergi mengundi.
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Glory Glory Man United
yea , semangat utk mengundi. hehe
Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-Tubi
confirm takyah beratur hari tu kan…bestnya…
shilazizi recently posted..The MIGP Expo 2013 & 10 The Sephora Wishlist
Tanniah menyambut bayi lelaki sulung yang comel dan melaksanakan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia. 🙂
akubiomed recently posted..Sudah terlambat untuk mengundi PRU13
wahhh , cayalah kaq aya. tugas sbgai pengundi ttap dijlnkan. btw , congrats kaq. =)
Wana wazm recently posted..Segmen : Blogger Pilihan Saya
tmbam bby akk.. =)
lupa nak tnya..apa nama baby?
Mimie Najib recently posted..Tutorial : Cara Buat Bloglist
ehhh, baby kak aya dah lahir?? congrat’s.. =)
tak sangka akk kuatkan diri untuk pergi mengundi..
Mimie Najib recently posted..Tutorial : Cara Buat Bloglist
wanita memang kuat ..hee semangat punya pasal kan ..
betul tu. wanita mmg kuat sgt. =)
Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-Tubi