Ameng Penjara 8 Tahun dan 10 Sebatan, Kenapa?

Kesian juga selepas dapat tahu Ameng , bekas vokalis kumpulan Spring ini dijatuhkan hukuman 8 tahun dan 10 Sebatan. Sebatan? ya Allah, sakitnya tu.. Tapi ada juga kebaikan dan pengajaran, supaya golongan artis takut untuk terjebak dengan Dadah. Dadah? Dont ever-ever try ye….

ameng-spring-dipenjara

MELAKA – Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua.

Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamin seberat 0.22 gram.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. – Bernama

Sumber: Kosmo

P/s: Aku suka lagu lama Spring ” Sampai Hati ” pada tahun 1993 . Ini masa zaman aku kecil-kecil lagi…

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

13 thoughts on “Ameng Penjara 8 Tahun dan 10 Sebatan, Kenapa?

  1. Hehe..lama tak tengok ameng menyanyi..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #63 – Cer Teka Siapa SayaMy Profile

  2. Yer2! btul sgat!! sy bekas seorang penagih! stelah dtgkap sy bhenti….dadah mmg sial…dr pgalaman sy…tlong jgn try2 k..salam

    • Thanks ryanHidayat sebab sudi kongsi pengalaman.. memanglah mula-mula mungkin enjoy tapi kesan dan komplikasi dadah tu lebih teruk..

  3. ORANG BIASA…
    AMENG TERTEKAN DAH laa DIA TAK DIBENARKAN BERJUMPA DGN ANAK2 NYA OLEH BEKAS ISTERINYA…tuu YANG BUAT AMENG TERTEKAN…JALAN MUDAH AMBIL DADAH…nak hilang TENSION…
    KESIAN JUGAK KENA PENJARA DAN SEBAT…KENAPA TAK DI HANTAR KE PUSAT PEMULIHAN SAJA…?
    …RUGI JUGA AMENG TAK JUMPA DGN RAKAN2 ARTIS…seperti BOB LOKMAN…RADHI penyanyi MELISSA dan ramai lagi artis2…yg DAH BERALIH KEARAH KEAGAMAAN…barulah HIDUP TERBIMBING…
    AYIE…MEMANG MINAT DGN LAGU2 KUMPULAN SPRING nie…KERANA MEREKA BANYAK LAGU HITS…
    Ayie Abas recently posted..15 Wanita Paling Jelita Di DuniaMy Profile

    • Dadah boleh lupakan masalah tapi hanya sementara.. dan ada kesan sampingan yang lebih teruk… Lebih baik dekat diri dengan Allah kan…
      Tapi , pelik gak kenapa tak masuk pusat pemulihan kan.. kenapa disebat pula ye…

  4. dadah memang durjana.. sekali merasa selamanya merana macam teori ‘domino’.. sekali terjebak sumer masalah lai akan timbul .. so jgn sesekali mencuba..
    tapi cuba join yg nie tak pa..
    http://ezaiza.blogspot.com/2011/04/contest-hoi-aku-wakil-sekolah.html

  5. Amatlah kesian dan terkilan bila ameng ni terjebak dengan dadah. walhal lagu lagu nyanyian nya kebanyakan nya evergreen dan sering di nanyikan di karaoke2.

    saya juga amati meminati suara dan juga boleh menyanyikan lagunya.

    Agar dia kembali ke pangkal jalan.
    Azhar recently posted..Some Beauty Tips For Looking YoungerMy Profile

    • Harap ini dapat jadi pengajaran buat dia dan kita semua.. Nasib baik tidak sampai otak rosak sebab dadah..

  6. Dadah musuh no 1. Tak kira usia dan bangsa. Tp yang sedihnya kenapa la bangsaku yang bnyk terpedaya dengan najis ni….Semoga dijauhkan dari kita semua…..Amin

  7. dadah membawa padah .hehe .
    xazryx recently posted..Minggu Orientasi UBM Mari BerkenalanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge