Aku Tidak Pernah Sambut Hari Ibu Kerana…

Sejak kecil hinggalah dewasa, aku tidak pernah sambut perayaan Hari Ibu, kerana bagiku Hari Ibu adalah setiap hari. Hargai, hormati, kasihi dan sayangi ibu kita adalah paling penting dalam hidup kita. Jika Ibu kita sudah meninggal dunia, Sedekahkan surah Al-Fatihah setiap hari kepada Arwah..

Hari ini, aku agak sedih , sebab aku oncall di hospital semalam, aku kehilangan nyawa seorang lagi pesakitku pada pukul 4 pagi tadi. Sedih. Dan yang paling menyedihkan, pesakit tersebut adalah ibu kepada salah seorang staff aku, dan telah meninggal dunia pukul 6 am pagi tadi disebabkan oleh masalah pernafasan dan jangkitan kuman pada paru-paru walaupun kami telah berusaha buat bantuan kecemasan. Meninggal dunia pada hari Ibu ini, 8 Mei 2011.

Apa yang aku sangat kagum kat staff aku ini, Dia sangat tabah dan redha. Inilah pertama kali, aku jumpa keluarga pesakit yang meninggal dunia di wad hospital TIDAK menangis meraung-raung menangisi pemergian pesakitku. Dia redha pemergian Ibunya. Aku yakin dia seorang anak yang baik dan selalu menjaga ibunya yang selalu sakit-sakit.

Sayangi ibu kita, bukannya hanya sekadar menyambut perayaan Hari Ibu sahaja.

Lagu: Oh Ibu oleh Mamat Exist

P/s: Kepada Umat Islam. Aku terjumpa artikel tentang sejarah Hari Ibu. Perlu baca, tahu dan fikirkanlah….
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.Maklumat lanjut: Klik Sini

Apa pandangan korang?

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:
About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

25 thoughts on “Aku Tidak Pernah Sambut Hari Ibu Kerana…

  1. Siapalah kita tanpa ibu…. Pada saya Islam mengajar umat nya sentiasa menghormati & mengingati ibu-bapa bila2 masa. Tidak perlu ada hari2 khusus. Tak perlulah kita terikut2 dengan agama lain.

    Wallahhualam…
    JUTAWANSAWIT recently posted..Tuesday Trading Tip- Bullish Tone Continue Expected if Open gap UpMy Profile

    • betul tu..mungkin tujuan sambut hari ibu ini adalah untuk memperingati ibu.. tapi sambutan ini dianjurkan oleh agama lain… fikirkanlah..
      Jika masih sambut hari ibu ini, niat hati kena betul lah..

  2. Biasalah bila org malaysia mengikut ajaran orang kristian..
    So tak payah lagi dok ikot ok..semuanya taktik diorang tuu..
    Highest Paying Affiliate Programs
    Farharn recently posted..Backlink Important For Highest Paying Affiliate ProgramsMy Profile

    • bagi yang dah tahu, kita tak perlu dah celebrate kan..dan boleh sampaikan info ini kepada sahabat yang lain…

  3. Itulah dugaan terhadap seseorang…
    Smoga tabah dalam menjalani kehidupan seharian…

    Highest Paying Affiliate Programs

  4. ibu tuhan sambut hari perayaan agama bukan islam.
    perkara ni dah masuk dalam fikiran umat islam.
    hari bapa tuhan,hari kekasih,hari hantu,hari natal.huuuu.
    Ali ridha recently posted..Google beri hadiah kredit Adwords RM125My Profile

  5. Assalam,

    Salam kenal… :)

    Ye,bagi saya pun,hari ibu bukan hari ni je…kita kena hargai ibu setiap masa…
    Nozi recently posted..Tips Pemakaian Premium BeautifulMy Profile

  6. Salam Dr aya, semoga tabah hadapi dugaan dan kesedihan dalam tugas2 anda. Saya tak dpt nak bayang kalu sya kerja di tempat anda. pasti mood murung sentiasa kalau ada berita2 myedihkan spt ini. Apa2 pun semoga terus cekal ya doc
    mekar recently posted..“Kelemahan” Roti Putih pada KesihatanMy Profile

    • terima kasih mekar.. InsyaAllah.. Aya dah biasa sebenarnya, tapi memang mesti bad mood satu hari… sebab sedih gak, sebab Aya selalu imagine, macammana kalo Aya ditempat keluarga pesakit tu atau mungkin di tempat pesakit tu..Nauzubillah..

  7. err sis nie doc ke?? sori kalu lari topik cket..
    Haru recently posted..Pre-Order Tshirt The Red Warriors Hanya RM25My Profile

  8. AYA…KOMEN AYIE “BERGANDA” KAN ? HE..HEE..HEE…ADUHAIII…MULA2 AYIE INGAT KOMEN YG PERTAMA TAK BOLEH DIHANTAR…? RUPA2NYA “MENJADI” JUGA…^_^ (ketawa sendiri)
    AYA…ORANG YG BEKERJA DI HOSPITAL nie MEMANG MENUNTUT PENGORBANAN MASA,EMOSI,TENAGA & LAIN2 YG TINGGI…KERANA PESAKIT…SELALU BERTALI ARUS…MEMANG TAK HENTI2…DI MANA2 HOSPITAL PUN…~_~
    AYA…SELAMAT PETANG…TERUSKAN BAKTI MURNI MU KEPADA MASYARAKAT…^_^
    Ayie Abas recently posted..Di Pondok Kecil – AEMANMy Profile

  9. AYA…AYIE PUN “SEKEPALA” DGN AYA…TAK PERNAH SAMBUT HARI IBU PADA TARIKH YG TERTENTU…SBB BAGI AYIE…HARI IBU ADALAH ” HARI-HARI”…^_^
    AYA…AYIE BETUL2 TERTANYA2 KENAPA AYA LAMA TAK BUAT ENTRY BARU…OOO…BEGITU KE KISAHNYA…TAK APA LAA…APA PUN AYA TELAH “KEMBALI” DGN ENTRY YANG BARU…^_^
    AYA…SELAMAT MENJELANG TENGAH HARI…^_^

  10. AYA…AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH TAALA…KITA MAKHLUK HANYA MAMPU BERUSAHA SELEBIHNYA ADALAH URUSAN ALLAH…TIDAK AKAN TERLEWAT @ TERCEPAT WALAU SESAAT SEKALIPUN APABILA AJAL TELAH TIBA…SEMUA MAKHLUK AKAN MERASAKAN MAUT…TIADA APA NAK DI KESALKAN SANGAT SETELAH AYA DAN STAFF HOSPITAL YANG LAIN TELAH BERUSAHA. AL-FATIHAH UNTUK ARWAH…
    Ayie Abas recently posted..Di Pondok Kecil – AEMANMy Profile

  11. AYA…AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH TAALA…KITA MAKHLUK HANYA MAMPU BERUSAHA SELEBIHNYA ADALAH URUSAN ALLAH…TIDAK AKAN TERLEWAT @ TERCEPAT WALAU SESAAT SEKALIPUN APABILA AJAL TELAH TIBA…SEMUA MAKHLUK AKAN MERASAKAN MAUT…TIADA APA NAK DI KESALKAN SANGAT SETELAH AYA DAN STAFF HOSPITAL YANG LAIN TELAH BERUSAHA. AL-FATIHAH UNTUK ARWAH…
    AYA…AYIE PUN “SEKEPALA” DGN AYA…TAK PERNAH SAMBUT HARI IBU PADA TARIKH YG TERTENTU…SBB BAGI AYIE…HARI IBU ADALAH ” HARI-HARI”…^_^
    AYA…AYIE BETUL2 TERTANYA2 KENAPA AYA LAMA TAK BUAT ENTRY BARU…OOO…BEGITU KE KISAHNYA…TAK APA LAA…APA PUN AYA TELAH “KEMBALI” DGN ENTRY YANG BARU…^_^
    AYA…SELAMAT MENJELANG TENGAH HARI…^_^
    Ayie Abas recently posted..Di Pondok Kecil – AEMANMy Profile

    • Terima kasih Ayie.. InsyaAllah, Aya boleh menerimanya. Semoga Arwah dirahmati Nya..
      Ya Ayie, Aya tak berapa sihat beberapa hari ini, tak sihat pun kena kerja juga sebab tak cukup doktor, so Aya agak sibuk . Takpalah, mesti ada hikmah kan.. :)

  12. al-fatihah

    setuju,syg ibu setiap mase
    pia recently posted..Makan-makan seafood di Jeram Kuala Selangor-Sg BulohHARI IBU specialMy Profile

  13. takziah buat staff akk tu..moga beliau tabah..
    adele recently posted..Selamat Hari Lahir Ayah- Selamat Hari Ibu UmmiMy Profile

    • ye Adele.. masih terasa sedih lagi… terus mood hilang hari ini kalo ada pesakit akak yang meninggal…:(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge