Aku Terpilih Jadi CPR IDOL

Sekarang ni, orang busy nak jadi American Idol di channel SWR, aku pula telah terpilih jadi CPR IDOL. CPR Idol?

Sebenarnya sehari yang lepas, aku telah mengikuti 2 hari kursus Basic life support (BLS) atau Cardiopulmonary Resuscitation(CPR) di Hospital tempat aku kerja. Penat juga berlatih CPR cara yang betul mengikut panduan American Heart Association (AHA) 2010 yang terbaru ini. Sampai tangan dan lutut aku sakit gila. huhu.

Dalam kursus ni, seramai 35 orang telah menjadi peserta dan terdiri daripada staf-staf hospital. Dalam kursus CPR ini juga, selepas latihan, kami kena menjalani peperiksaan kertas dan peperiksaan praktikal di mana terdapat 8 station praktikal yang perlu kita lulus. Berdebar-debar macam zaman nak exam SPM plak.hehe..

cpr-image-photo

Dalam kursus CPR ini, kita perlu tahu macam mana nak beri rawatan kecemasan kepada orang yang hilang kesedaran, tidak bernafas atau takda denyutan jantung sebelum ambulans tiba. Contohnya, kalau orang mengalami kemalangan, kena serangan jantung, lemas atau tercekik ke dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah semua orang lulus dan Alhamdulillah juga aku telah terpilih sebagai peserta kursus BLS atau CPR yang terbaik. 🙂 . Inilah yang aku panggil CPR Idol.Mencipta award sendiri. Haha..  Selain dapat sijil, dapat juga hadiah ekslusif.. seronoknya.

Semua orang perlu tahu bagaimana nak buat CPR. Bayangkan kalau jiran kita ke, keluarga kita ke tiba-tiba stop bernafas atau berhenti denyutan jantung, apa yang kita kena buat? ambulans nak sampai tempat kejadian pun mungkin dalam 15 min ke atas macam tu. Jadi apa tindakan awal yang perlu kita buat? Di bawah ni, ada video training tentang CPR yang aku jumpa kat Youtube.


Post yang seterusnya nanti, aku ajar macam mana nak buat CPR ikut AHA 2010. OK?  Korang tau tak cara buat CPR?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

6 thoughts on “Aku Terpilih Jadi CPR IDOL

  1. hospital mana yg menawarkan khusus ini?

  2. wahh, jadi idol plak dia ye. hehe..

  3. Tahun lepas dah pelan hendak pergi kursus CPR yang kompeten tetapi syarikat batal. Memang kecewa sangat. Bayangkan jika ada berlaku kecemasan di premis dan memerlukan CPR. Seorang pun tidak boleh buat? 🙁

  4. skill cpr amat membantu ketika orang lain di landa sesak nafas atau lemas ketika di dalam air.

  5. salam..
    wahh..tahniah..!!
    Idol yang berguna
    sampai bila-bila
    ilmunya nih 🙂

  6. Tahniah dari saya?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge