Aku Seorang Isteri

Lamanya aku tak update blog.. dah lama senyap jadi blogger..hehe.. Bukan nak menghilangkan diri, tapi sebenarnya terlalu banyak perlu diuruskan dalam beberapa minggu yang lepas. Mesti korang tertanya-tanya, Ada lagi ke penulis bloggerwanita.com ni? hehe. Alhamdulillah, Tuhan masih panjangkan umurku buat masa ni.

Aku Seorang Blogger dan Isteri
Gambar terbaruku.. Siap ada jerawat lagi..hehehe

Sebenarnya, Aku baru jak melangsungkan pernikahan pada 4hb Julai 2012 yang lepas. Semakin sibuk semenjak menjadi isteri. Yalah, sebelum ini, aku hanya sibuk sebagai seorang doktor dan blogger. Sekarang ni, bertambah lagi satu tanggungjawab iaitu sebagai seorang isteri. 🙂 . Banyak keadaan baru yang perlu disesuaikan.
Rakan-rakan blogger dan pembaca, tolong doakan kebahagian rumahtangga Aya ye. Tahun ini, buat pertama kali menyambut bulan Ramadhan sebagai seorang isteri. Apa yang paling menyeronokkan bila dapat bersahur , berbuka puasa dan solat jemaah bersama suami tersayang.
Di kesempatan ini Aya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga lebih banyak pahala yang dapat kita kumpul di bulan ini. AMIN

P/s: Bayaran Top Referrel akan dibayar dalam masa terdekat ye, rakan-rakan blogger harap bersabar . Aya tak lupa tu. 🙂

49 thoughts on “Aku Seorang Isteri

  1. patutlah sunyi lama betul .. rupanya dah tukar status menjadi seorang isteri. Tahniah Aya! Insha Allah giliran saya pula menyusul selepas ni pada musim cuti nanti. Doakan ya. Di Sabah jugak bah..

    1. terima kasih akubiomed… minat blogging ni, harap2 takkan menyepi walaupun sibuk..hehe…alhamdulillah, menyambut bulan ramadan dan insyaAllah raya ni sebagai isteri…

  2. tahniah aya..n selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia ke anak cucu dan syurga..amin..

    //…melepas la si titan :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge