Aku Bangga Malaysia Antara 10 Negara Paling Mesra

Aku dapat info ini dari Berita Harian. I’m proud to be Malaysian walaupun campuran sikit la. Kenapa? sebab Malaysia adalah antara 10 Negara paling mesra selepas satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.

Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.

Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu mencakupi 4,000 orang di 100 negara.

Mereka ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.

Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka, dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu, berada dalam senarai teratas.
Namun, terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kanada adalah negara paling mesra, diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman.


Tapi memang kebanyakan orang Malaysia lebih hormat orang dan mudah tersenyum. 🙂 Dari bayi sehinggalah orang tua. Gambar dari Google

bayi-orang-senyum

old-people-smile-senyum

Setuju? apa komen korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

5 thoughts on “Aku Bangga Malaysia Antara 10 Negara Paling Mesra

  1. Memang pun. Sebenarnya ornag Arab tempat saya belajar ni pun peramah. Walaupun majoriti mereka hanya suka berkomunikasi bahasa arab melainkan inggeris.

    Tetapi mereka tetap melayan karenah pelancong luar atau pelajar Asia disini.

    Alhamdulillah, mudah urusan.

  2. dlm 10 tu,kite yg ke berapa?

  3. saya sokong….tp untuk org luar kita mudah mesra berbanding dgn org tempatan….. terutama dijalan raya….langsung hilang sopan santun…
    JUTAWANSAWIT recently posted..Friday Trading Tip- BearsBearsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge