Adakah Sebab Nak Kaya Cepat, Sanggup Ke Tali Gantung?

Sejak beberapa minggu ini, banyak kes pengedaran dadah dibicarakan di Mahkamah dan akhirnya hukuman gantung sampai mati diputuskan. Hari ini terbaca kat Kosmo, lagi 2 orang tertuduh, iaitu seorang mekanik dan pemilik bengkel dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat 1,885 gram dua tahun lepas.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Ke-Tali-Gantung-Kerana-Dadah

Adakah sebab nak kaya cepat, hidup kita disia-siakan dengan hukuman gantung sampai mati?. Kadang-kadang kita tak fikir akibatnya, bila dah nampak dan dapat duit yang banyak dengan hanya jual dadah, terus lupa apa akan jadi kalau kita ditangkap. Apa perasaan keluarga kita? Siapa nak tanggung hidup ibubapa atau anak-anak kita? Semuanya kita lupa sebab dah jumpa cara mudah buat duit. Nauzubillah.

Aku dah jumpa beberapa pesakit yang ada masalah mental. Hidup tak terurus, bercakap seorang diri, bertindak ganas dengan orang lain dan macam-macam perkara dilakukan, Kalau orang ramai tengok pesakit tu,mesti mereka kata ” dia macam Orang Gila” .

Mula-mula fikir, Ooo,  mungkin pesakit ini ada keturunan masalah mental atau psychiatry. Namun, siasat punya siasat, rupanya dia sebelum ini banyak ambil dadah jenis Syabu, sampai otak dah tak betul . Kasihan tengok kat dia dan keluarganya yang agak susah dengan keadaannya tu.

Apa itu Syabu?

Syabu atau nama kimianya methamphetamine, adalah dadah peransang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Syabu juga dikenali sebagai “speed”, “meth”, “chalk”, dan “china white”. Syabu yang dihisap secara ‘ chasing the dragon’ disebut sebagai “ice”, “crystal”, “crank” , dan “glass” . Syabu gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara syabu gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit.
Sumber: InfoSihat

Apa-apa pun, jadikan kisah dan pengalaman orang lain sebagai pengajaran untuk kita semua. Jangan jadikan diri kita hamba kepada Dadah. Say No to Drug

Serius pula kali ini? Heeeee . 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

6 thoughts on “Adakah Sebab Nak Kaya Cepat, Sanggup Ke Tali Gantung?

  1. Dadah membawa padah. Banyak kerja lain yang boleh menghasilkan duit. Kena usaha, baru betul…… Bukan mencari jalan pintas dengan cara begini…
    JUTAWANSAWIT recently posted..How to Invest in CommoditiesMy Profile

  2. mmg hari2 ade je kes mcm ni..ingt x dlu ade kes kerabat yg bunuh ibu dia (klu xslap)..pasal dadah la jadi mcm tu..apela nak jadi..mtk2 dijauhkan kan kak aya..

  3. Nak ..cari jalan pintas untuk jadi orang kaya …
    Elong Bujang recently posted..Pemimpin yang Peka dengan masalah di MasyarakatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge