Achik Spin Telah Selamat Dikebumikan

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Achik, atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28 tahun, vokalis Kumpulan Spin, telah selamat dikebumikan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) petang semalam. Jenazah Allahyarham Achik telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said , Seremban 1 petang hari ini.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Selepas dibedah siasat di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar, Arwah dikebumikan di Makam Tuan Haji Said,Seremban

Isteri Allahyarham Achik Spin, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sambil memangku anak bongsunya, Putri Nursumaiyyah, 10 bulan sedih dan pilu menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said

Isteri Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, H.M Rose Zaitul Suraini bersama anaknya Puteri Saffiya, 2, menabur bunga di pusara di Makam Tuan Haji Said, Seremban

Ibu Achik Spin, Badriah Awalludin menyiram air mawar di pusara anaknya di Makam Tuan Haji Said, Seremban

Kredit to : mStar

 P/s : Sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah Achik Spin. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

2 thoughts on “Achik Spin Telah Selamat Dikebumikan

  1. Al-Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge