Achik Spin Maut dalam Kereta Terbakar

Berita tentang kematian Achik Spin dalam kemalangan jalan raya hari ini adalah memang benar.

Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28 tahun, adalah artis vokalis Kumpulan Spin telah disahkan maut dalam kereta yang terbakar hari ini, 17 April 2010.  Kemalangan ngeri itu berlaku di di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn Bhd dan dikatakan Achik spin menumpang kereta kawan dan terbabas dan terbakar. Arwah meninggal ditempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah telah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Sedih mendengar berita  ni. Selepas Allahyarham Din Beramboi meninggal dunia 2 April yang lalu, dan Yanie Mentor TV3 meninggal dunia 21 Mac dan kini Achik Spin pula meninggalkan kita selamanya.  Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Achik Spin telah pergi menemui Arwah anaknya Putri Rania

Achik Spin telah pergi menemui Arwah anaknya, Putri Rania

Berita-berita seperti ini memberi peringatan kepada kita yang hidup ini tidak berkekalan. Kita boleh pergi meninggalkan orang yang kita sayang selamanya dalam sekelip mata. Persoalannya, adakah kita cukup bersedia menghadapi Allah yang Maha Esa ?

P/S : Semoga Keluarga Allahyarham Achik Spin tabah menghadapi dugaan ini. Semoga rohnya diberkati Allah.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

7 thoughts on “Achik Spin Maut dalam Kereta Terbakar

  1. rizal from Indonesia says:

    wuih saya turut brduka cita atas meninggalnya saudara Achik, lagu2 beliau menjadi sebuah tanda mata untuk saya khususnya, yah smoga semua amal kebaikan beliau diterima Allah SWT dan semua dosa2 beliau diampuni

  2. Kita tidak bisa mengetahui kapan kita dipanggil, tapi kita harus tahu kapan kita harus menunaikan kewajiban kita yaitu mendekatkan diri kita kepada ALLAH SWT. Sholat 5 waktu itu yang harus kita lakukan selain perbanyak amal dan ibadah. Amin
    Revolution for Linux Games

  3. Inalilahi wainalilahi rojiun, sebagai saudara saya merasa kehilangan juga atas meninggalnya Achik Apin. Tapi tidak perlu kita sesali Allah telah memanggilnya untuk ditempatkan ditempat yang lebih baik.
    Lifestyle for Your fashion

  4. Salam Bloggerwanita, senang rasanya bisa berkunjung kembali di blog Anda. Walaupun 1 tahun telah berlalu saya mengucapkan bela sungkawa sedalam-dalamnya atas kepergian Achik Apin. Semoga arwahnya diterima di Sisi Tuhan YME Allah SWT, Amin
    Business World and Shopping Online

  5. Al-Fatihah untuk arwah..

    Ajal tetap akan datang tidak lewat sesaat atau lambat sesaat pun!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge