AC Mizal Beli Kapal Terbang Air Asia Jutaan Ringgit

Wow!! kagumnya dengan Dato AC Mizal, dia beli kapal terbang Air Asia.

Oppss.. dia sebenarnya bukan beli kapal terbang Air Asia tapi Dato AC Mizal sebenarnya membeli ruang iklan di syarikat penerbangan Air Asia untuk setahun yang bernilai jutaan ringgit Malaysia. Pelaburan yang besar. Hebatkan?

Apa benda yang Dato AC Mizal iklankan ni?
Sebenarnya, Dato AC Mizal iaitu penyanyi dan pengacara, mengiklankan laman social miliknya iaitu Mface di salah satu kapal terbang Air Asia selama setahun. Logo Mface yang besar melekat kat kapal terbang tu.

Mface, AC Mizal dan Air Asia

Apa itu Mface?

Mface ini adalah sebuah laman social seperti Facebook tapi lebih memfokuskan kepada Asia. Laman social Mface ini telah berkembang ke Indonesia, China dan Filipina.

Dalam Mface ini, pengguna boleh berhubung dengan rakan secara mudah, mencari kenalan baru, laman bual, permainan, malah pemilik akaun boleh menikmati saluran Youtube di laman sosial ini tanpa membuka laman Youtube terlebih dahulu.

Lebih penting lagi setiap akses yang aktif akan mendapat ganjaran tertentu dan istimewa daripada pihak Mface

Kalau nak tahu lebih-lebih, explore sendirilah Mface. Haa. ini laman webnya www.Mface.me

Tahniahlah buat Dato Ac Mizal atas kejayaannya dalam perniagaan, Dah boleh jadi Mark Zuckerberg Malaysia ni. Tapi betullah juga, kalau nak berjaya dalam perniagaan, kena berani membuat pelaburan yang besar, Betul tak?

22 thoughts on “AC Mizal Beli Kapal Terbang Air Asia Jutaan Ringgit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge