7 Jenis Blog yang Perlu Kita Tahu

Dunia blogging makin hari makin hangat dan panas di Malaysia. Blogger semakin glamour dan popular di dunia internet. Dah macam VIB….

VIB? Very Important Blogger… hehehe..

jenis blog-blogPhoto credit : Skyje

Hari ini aku beritahu sahabat semua beberapa jenis blog yang wujud di Malaysia ini mengikut term dan pemerhatianku .

1. Blog Personal atau Peribadi

  • Blog ini hanya bercerita tentang kehidupan si penulis atau kita panggil blogger. 100 peratus tulen Online Diari. Blogger macam ni lebih suka meluahkan perasaan dan pendapatnya di blog sendiri. Tak kisah pun, ada pembaca atau tidak. sekadar nak isi masa lapang. Ini jarang-jarang..  Ceh, Macam cerita Nujum Pak Belalang P. Ramlee daa..

2. Blog Personal 2 in 1 ( 2 Dalam 1 )

  • Apa pula 2 in 1 ni?  Term ni aku reka sendiri. haha.. Maksudnya, penulis ini banyak menceritakan tentang kehidupannya pada blognya dan pada masa yang sama Blogger ini juga mencari pendapatan pasif melalui iklan yang diletakkan di blog mereka seperti iklan Nuffnang, Adverlets, Innity, manggaonline dan macam-macam lagi. Biasanya blogger kategori ini akan mempromosikan blognya untuk meningkat trafik dan pendapatannya. Cari side income…

3. Blog Perniagaan

  • Lebih banyak bincangkan tentang perniagaan tak kisahlah sama ada perniagaan internet atau shopping online dan macam-macam jenis lagi..

4. Blog Politik

  • Lebih banyak cerita pasal politik di Malaysia tak kisahlah sama ada berpihak pada kerajaan ataupun pihak pembangkang. Tapi blogger seperti ini kena juga berhati-hati, nanti tak pasal-pasal kena tangkaplah pula.

5. Blog Tutorial dan Informasi

  • Blogger ini lebih suka memberi tutorial, panduan dan isu semasa kepada pembacanya. Blogger ini perlu expert pada sesuatu topik dan kena up to date dengan isu-isu semasa untuk dibincangkan di blog mereka. Contohnya, Jika blognya banyak cerita tentang isu hangat dan panas artis, maka  si blogger kena sentiasa up to date dengan perkembangan dunia artis.

6. Blog Rojak

  • Ini bukannya blog yang membincangkan tentang buah rojak ye. Ini gabungan blog informasi, blog personal, blog perniagaan dan sebagainya. sebab tu aku panggil blog rojak.. Aku rasa Blog BloggerWanita.com ini kategori rojak kot sebab semuanya ada.. 🙂

7. Blog Cetak Rompak

  • Aik! ini pun ada? haha.. yang pasti Blogger ini hanya sepenuhnya copy dan paste artikel Blogger lain dan diletakkan di blognya dan mengaku itu hasil tulisannya. Faham-faham je lah. Siapa termakan cili, dia terasa pedas.. 🙂 . Apa-apa pun, jenis blog ini perlu kita elakkan. Ini sama konsepnya macam cetak rompak lah kan…

P/s: Ada lagi jenis blog yang korang tahu? kongsilah kat sini…

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

34 thoughts on “7 Jenis Blog yang Perlu Kita Tahu

  1. blog cetak rompak tu yang tak sedap dengar tu..haha
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #63 – Cer Teka Siapa SayaMy Profile

  2. ohh… banyak juga jenis blog ini.. ^_^

  3. pilih blog yang mana yang cocok u/ pribadi dan bisnis?
    poppy recently posted..How to Take Health Care ResponsibilityMy Profile

  4. rasa macam blog 2 in 1 . heheh .
    sigadissemasa recently posted..Senyum Pun Cukup .My Profile

  5. saya suka blog seni..iaitu mcm bidang sastera la…he333..jiwang2 gitu…puisi …sajak..pantun gurindam..cerpen..dll…he3333

  6. Rupanya banyak sungguh kategori blog. Sekarang masa untuk pilih mana satu kategori blog kita. Semuanya bagus asalkan berkongsi perkara positif
    Zaini recently posted..Kitar Semula Komputer Untuk WangMy Profile

  7. im new blogger kikiki….ntah blog rojak ke blog ape ntah,template pun macam rojak jugak,hehehe
    Tunjuk Ajarku Sifu!!!
    ymanzz recently posted..MOTOR TIGA FASA ARUS ULANG ALIKMy Profile

  8. janji happy.. xkisah kategori mana pun

    kempen jom tukar link

  9. Hahah saya blog rojak jugak…hehe
    rosia recently posted..Magnetic jewelry clasps from DariceMy Profile

  10. AYA…yg blog rojak & blog cetak pompak tuu saya tak berapa setuju dengan istilah yg Aya gunakan. Saya lebih setuju guna istilah (1)blog rojak = blog surat khabar : kerana seperti surat khabar MACAM-MACAM ada BANYAK PILIHAN utk pelawat yg melawat ke blog kita utk buat pilihan sbb setiap org punya minat yg berbeza2.
    (2)blog cetak rompak = blog memperkembangkan maklumat : kerana tak semua org berpeluang membaca entry yg asal jadi apabila sesuatu maklumat yg MENARIK di PERKEMBANGKAN dari satu blog ke blog yg lain secara tak langsung ia telah memperkembangkan maklumat tersebut. Akhirnya ramai org dapat manfaatnya dari tak tahu kepada tahu akan sesuatu maklumat itu.
    Ayie Abas recently posted..Syair Si Pari-Pari – Zamani SlamMy Profile

    • Hehe..tak kisah pun istilahnye Ayie.. janji kita faham istilah atau konsep setiap blog. Bagi blog cetak rompak tu, kalo kita letak cerita kat blog tu tapi tak bagi kredit kat penulisan asal. itu macam seolah-olah kita mengaku kita yang buat , sedangkan orang lain dah siang malam karang cerita tu, kita senang-senang je nak cetak rompak cerita tu. At least kalo kita nak copy paste pun, bagi kredit ke blog asal dan sambil tu boleh kita sebarkan ilmu atau maklumat tu dengan cara yang betul. Ini pendapat Aya lah.. 🙂

  11. Rupanya byk juga jenis blog yg ada yer.. Mcm sy ni blog perniagaan… 🙂
    Fossil Malaysia recently posted..Coach Handbags to be Sold in MalaysiaMy Profile

  12. salam….

    blog futures traders dalam kategori mana yekk….

    http://jutawansawit.blogspot.com/
    JUTAWANSAWIT recently posted..Tuesday Trading Tip- Bulls vs BearsMy Profile

  13. nombor satu tu kot???
    hadanisyahadah recently posted..MANA NAKANAK-ANAK COMOT ATAU NGADAP LAPPYMy Profile

  14. Blog hobi, pencinta haiwan camner pulak..?
    Rosmawati yusof (Kimora) recently posted..Balik ke TrolakMy Profile

  15. NICE INFO 🙂
    INA recently posted..Saya Seorang CacatMy Profile

  16. Sy ketegori blog rojak kot. hehe..
    Anitafasha recently posted..Persoalan Tentang Minyak WangiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge