7 Ciri-ciri Suami Pilihan, Setuju?

Aku suka kongsi info yang aku jumpa di Facebook. Sejak berumahtangga, aku suka kongsi bab-bab suami dan isteri. Benda yang baik patut dikongsi bersama. Heee..

7 Ciri-ciri Suami Pilihan

7 ciri-ciri suami pilihan yang perlu wanita pertimbangkan..

1. Sedap mata memandang

  • Tak payahlah nak pilih yang terlalu hensem, kita kena nilai diri sendiri sebelum nak pilih yang lebih-lebih. Cukuplah si Suami sedap di mata kita sendiri. Betul tak? kalau terlalu tampan pun, susah nak dijaga juga.hehe

2. Solat Lima Waktu

  • Suami yang baik adalah suami yang bagus didikan agamanya. Menjaga solat lima waktunya. Ini kerana si suami yang baik agamanya mampu mendidik si isteri ke arah yang lebih baik.

3. Berkemampuan menyara keluarga

  • Janganlah pilih suami yang suka goyang kaki di rumah dan malas untuk bekerja. Lelaki yang baik adalah lelaki yang malu untuk meminta wang si isteri ( jika si isteri bekerja). Si suami yang bagus akan berusaha sedaya upaya untuk menyara keluarganya. Walaupun si Suami hanya bekerja sebagai buruh kasar, yang penting dia berusaha memberi nafkah kepada keluarganya.

4. Bukan Kaki Pukul

  • Suami kaki pukul? inilah yang paling wanita alergik dengan lelaki jenis macam ni. Si suami boleh memukul isterinya tapi ada caranya mengikut ajaran Islam. Kalau teman lelaki korang dah kaki pukul, dia perlu direject awal-awal untuk dijadikan suami. Bahaya tu..

5. Tak Panas Baran

  • Suami panas baran pun, bahaya juga. Lelaki yang panas baran mudah memukul dan mudah melafazkan lafaz cerai kepada si isteri. Ini kerana, orang yang panas baran ini, selalu tidak berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jadi, ini bukanlah ciri-ciri suami pilihan.

6. Bertanggungjawab

  • Suami yang bertanggungjawab akan berusaha menjaga si isteri dan keluarganya sebaik mungkin. Nafkah zahir dan batin akan diberikan kepada si isteri tanpa diminta.

7. Penyabar

  • Susah nak jumpa suami yang penyabar. Tapi kalau si isteri berjaya menemui suami yang penyabar, sangat-sangatlah bertuah. Biasanya suami seperti ini lebih banyak bersabar dengan perangai si isteri kerana tidak mahu memburukkan masalah dalam rumahtangga. Tapi si isteri pun kena ingat, jangan terlalu melampaui batas sebagai seorang isteri kerana suami yang penyabar pun ada hadnya. Kalau kesabarannya dah tercabar, bahaya tu. Macam gunung berapi meletup nanti..hehe

Amacam? Korang setuju tak dengan ciri-ciri suami pilihan ini? Ada ciri-ciri lain yang boleh dijadikan sebagai suami pilihan? Jom kongsi..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

16 thoughts on “7 Ciri-ciri Suami Pilihan, Setuju?

  1. Alamak semua tersenarai… + extra 1…. Selalu lepak dalam bilik… 24 jam sehari pun no problem.. ^_^

    PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..PROMOSI RAYA | KUPON DISKAUN 10%My Profile

  2. setuju sangat..saya ni jensi panas baran..emm bila lah boleh ubah dan hilangkan panas ni..haiya,…
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  3. memang circiri kat atas tu memang bernas 🙂 hihi idaman wanita seluruh dunia. hihi
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile

  4. Betul betul. ayah saya cakap jangan cari laki penagih dadah. kang tak dapat duit, pukul. merana hidup. hmm
    Anis recently posted..Histeria.My Profile

  5. mak sya baru lepas baca entry ni , dia kata , cakap dgn awak , tambah lagi satu . jujur , sebab lelaki sekarang pandai menipu 🙂

  6. haha , betul tu. tapi zaman sekarang ni , agak susah la nak cari lelaki yang ada ciri-ciri tu. kena pandai pilih supaya tak mnyesal nanti. perkahwinan kan sekali seumur hidup.
    Wana wazm recently posted..Rezeki Bulan Mei #8My Profile

  7. Memang antara ciri-ciri yang wanita nak. Tapi itulah, kadang-kadang wanita pun ada jugak kelemahannya dan sama jugak macam lelaki tak lepas daripda kelemahan. Haha..
    Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Dublin SpireMy Profile

  8. betul-2 .. certain lelaki zaman sekarang , sebelum kahwin rajin cari duit , lepas kahwin takde duit ,, pokaii ..

  9. mmg kena ada ciri2 tu semua..jangan main hentam jer pilih..sndiri ssh nanti…

  10. Macam mana ciri-ciri si suami yang sedap mata memandang. Ia ada ciri-ciri yang subjektif kerana setiap orang mempunyai nilai tanda aras yang tidak sama. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge