6 Sebab Tidur Terganggu Ketika Hamil

Sejak mengandung, aku tak pernah tidur nyenyak. Asyik-asyik terbangun di waktu tengah malam, lepas itu agak susah untuk tidur semula.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Masalah Tidur Ketika Mengandung

Sebenarnya semasa wanita mengandung,terdapat beberapa punca yang menyebabkan tidur kita selalu terganggu. Kenapa kita mengalami kesukaran tidur ye?

1.Kerap buang air kecil

  • Boleh dikatakan setiap malam aku terbangun dari tidur sebanyak 2 hingga 3 kali semata-mata nak pergi buang air kecil. Bila dah masuk trimester ketiga kandungan, tambah aktiflah pundi kencingku ini.
  • Kenapa ibu mengandung kerap buang air kecil? sebabnya isipadu darah bertambah sebanyak 30% hingga 50% ketika hamil. Maka buah pinggang akan bekerja keras untuk menapis darah yang bertambah menyebabkan air kencing lebih banyak.
  • Tambahan lagi, saiz bayi dan rahim yang membesar akan menekan pundi kencing menyebabkan si ibu kerap membuang air kecil.

2. Sukar Bernafas

  • Apabila rahim semakin membesar, keadaan sukar bernafas semasa tidur lebih terasa pada wanita hamil. Kenapa pernafasan agak sukar ketika mengandung? Ini kerana saiz rahim yang membesar akan mengambil lebih banyak ruang dalam abdomen kita sehingga menyebabkan diaphragm susah untuk berfungsi dengan baik.

3. Denyutan Jantung Lebih Laju

  • Biasanya denyutan jantungku di antara 70-80 denyutan seminit semasa tidak mengandung. Namun sekarang ini, ketika mengandung, denyutan jantungku lebih laju ,melebihi 90 denyutan seminit. Kadang-kadang mencecah lebih 100 denyutan seminit.
  • Ketika baring, aku dapat merasakan denyutan jantung sendiri membuatkan aku rasa tidak selesa. Keadaan ini berlaku kerana jantung berdenyut lebih laju ketika hamil untuk mengepam darah ke seluruh badan.

4. Kaki kejang dan Sakit Belakang

  • Kalau malam terutamanya ketika sejuk atau kepenatan, kadang-kadang, terbangun malam sebab kejang kaki. Sakit? Susah diungkapkan. Hanya Tuhan yang tahu. ^_^
  • Belakang pun cepat sakit juga, terutamanya jika baring melentang.
  • Keadaan ini disebabkan berat badan si ibu yang berlebihan menyebabkan otot kita bekerja keras untuk menampung beban yang meningkat selain daripada kekurangan kalsium dalam badan.

5. Pedih Ulu hati dan Sembelit

  • Kadang-kadang, wanita hamil akan rasa pedih je kat bahagian dada atau perut terutamanya pada waktu malam. Kenapa? pedih ulu hati berlaku apabila kandungan isi dalam perut refluks atau patah balik ke esofagus.
  • Ketika hamil, sistem pencernaan dalam badan akan menjadi lemah dan makanan akan tinggal lebih lama dalam perut dan usus menyebabkan pedih ulu hati dan sembelit
  • Keadaan lebih teruk apabila rahim membesar dan menekan perut dan usus besar.
  • Oleh itu, cara nak mengelakkan ulu hati semasa hamil adalah jika tidur,boleh letak bantal di bahagian atas tubuh untuk elak refluks berlaku.

6. Risau dan Kerap Bermimpi

  • Makin dekat nak bersalin, kita akan fikir yang bukan-bukan je, sampai kadang-kadang susah nak tidur. Antara perkara yang dirisaukan seperti kesempurnaan bayi dan proses kelahiran.

Semasa bekerja di wad bersalin sebelum ini, setiap hari aku tengok orang bersalin. Macam-macam ragam pesakit yang dalam kesakitan untuk bersalin aku perhatikan. Masa itulah, kita boleh tengok perangai sebenar manusia sama ada dia seorang yang sabar ataupun tidak. Aku pun selalu terfikir, bagaimana pula perangaiku nanti masa bersalin.? hehe. Semoga dipermudahkan. Amin..

Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu. sama ada semasa mengandung, bersalin dan semasa membesarkan anak-anak. Sebab itu, sebagai anak, kita perlu menghargai pengorbanan ibu kita dan sebagai suami, perlu menghargai pengorbanan si isteri. Betul tak?

OK, Ada lagi tak punca masalah tidur ibu hamil yang boleh dikongsi?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

12 thoughts on “6 Sebab Tidur Terganggu Ketika Hamil

  1. besar jasa ibu yang mengandungkan kita..emmm
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  2. […] Ketika wanita itu hamil, tubuhnya akan mengalami pelbagai perubahan. Salah satu perubahan adalah masalah kesukaran tidur yang lena.Oleh itu, hari ini, wanita-wanita yang hamil perlu tahu posisi tidur yang paling baik […]

  3. sya pernah jugak kena macam ni , tapi xmengandung laa ..bila cek , dr kata jantung lemah and kena kurangkan berlari ..

  4. terima kasih diatas perkongsia berguna ini 🙂
    anip recently posted..20 Safety Tips for Budget TravelersMy Profile

  5. Walau isteri yang sakit Lelaki juga terasa peret dan sakit ketika mengandung
    MindaKini recently posted..Doa Pendinding Bagi WanitaMy Profile

  6. Saya sayang mak saya…saya nak bahagiakan dia dan balas semua pengorbanan dia selama ni.
    PerenLee recently posted..Cara Bayar Astro di Pejabat Pos Tanpa BilMy Profile

  7. yea , memang banyak pengorbanan. my sis tgh mngandung. dia tak boleh berdiri lama2 , kalau x , kaki dia bengkak. kasihan sy tengok.
    Wana wazm recently posted..Segmen Topup 24 Jam FizgraphicMy Profile

  8. Fuhhhhhh. cabaran…….

    10 tahun lagi.

  9. kalau yang tak hamil macam gua?
    titan recently posted..Bakar lemak dengan latihan berintensiti tinggi.My Profile

  10. memang itulah dugaan wanita mengandung…
    ada sebab lagi adalah apabila janin dah mula bergerak… terutama 7 bulan ke atas, memang selalu juga menyebabkan terjaga tak kira masa.
    yangbaik recently posted..April Edition giveaway by dysha sahhirMy Profile

  11. Cabaran ibu mengandung tetapi ia pengalaman tidak dapat dilupakan.
    akubiomed recently posted..Taksiran cukai pendapatan saya sudahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge