500 Internal Server Error – Kenapa?

Assalamualaikum rakan-rakan semua. Beberapa hari ini, blog BloggerWanita.com telah mengalami masalah 500 Internal Server Error. Kenapa?

Okey.. fine.. Aya pun tak tahu sebenarnya.. hehe..

Jadi Aya pun buatlah beberapa kajian dan bacaan tentang 500 Internal Server Error ini. Sebab Aya ni budak perubatan je.. bukan budak IT tapi sangat meminati bidang IT. Pakcik Google kan ada.. Tanya je.. dia okey je tu, Jangan risau.. kihkihkih

Baiklah, antara info yang ingin Aya kongsikan kepada rakan-rakan pembaca dan rakan blogger yang mungkin mempunyai masalah 500 Internal Server Error yang sama seperti BloggerWanita.com, boleh terus membaca artikel yang Aya tulis ini. Harap dapat membantu.

500 Internal Server Error. Kenapa?

Apa itu 500 Internal Server Error?

Secara ringkas, A HTTP 500 error bermaksud terdapat masalah pada konfigurasi Web Server. Tetapi tidak dapat mengesan punca utama masalah tersebut. Masalah ini biasanya bukan berpunca daripada web browser atau masalah Internet anda.

Masalah HTTP 500 error bukanlah masalah yang boleh diselesaikan sendiri oleh pengguna web tetapi mereka perlu melaporkan masalah tersebut kepada admin atau pemilik laman web tersebut jika masalah itu berterusan.

Antara perkataan yang hampir sama dengan 500 Internal Server Error..

  • HTTP 500 – Internal Server Error
  • Temporary Error (500)
  • Internal Server Error
  • 500 Error
  • HTTP Error 500
  • 500. That’s an error.

500 Internal Server Error ini dihasilkan oleh laman web yang kita lawat. Kita akan lihat di mana-mana web browser seperti Google Chrome, Mozilla Firefox ataupun di smartphone kita. Contohnya seperti di bawah:

500 Internal Server Error

 

Ada beberapa perkara simple yang boleh pengguna internet boleh buat jika kita melawat laman web tertentu yang menunjukkan ada masalah 500 Internal Server Error. Antaranya:

1. Reload attau Refresh semula website yang kita lawat tu. Boleh klik kanan pada tetikus laptop atau komputer anda, dan klik butang Reload atau Refresh. Ataupun boleh klik kat keyboard tu, F5.

Sebab kadang-kadang, masalah 500 Internal Server Error ini hanya sementara. Jika kita reload semula, dah okey. Kira sementara je tu.

2. Bersihkan Web browser Cache. Web browser Cache ini adalah koleksi web pages termasuk teks tulisan dan gambar yang tersimpan di web browser laptop kita. Contohnya yang telah tersimpan pada Web Browser Google Chrome. Tapi jarang 500 Internal Server Error disebabkan masalah Cache tapi tak salah kita cuba. Rujuk Cara Clear Web Browser Cache

3. Padamkan Web browser Cookies. Selepas dah delete web browser cookies, restart Web browser dan cuba sekali lagi. Rujuk Cara Delete Web Browser Cache

4. Hubungi penyedia Website atau Webhosting anda. Web hosting Blog BloggerWanita.com ini disediakan oleh Exabytes.com.my. Aya tanya je diorang, response sangat cepat dan sangat membantu. Alhamdulillah masalah dah settle.

Di bawah ini adalah screenshot jawapan dari pihak Exabytes:

Exabytes Webhosting Malaysia Terbaik

Rupa-rupanya, blog ini telah terkena spammer dan hackers dari IP address 198.23.197.74.

40,000 hits dari spammer ini menyebabkan penggunaan server yang tinggi dari spammer.

Nasihat Aya, pilih web hosting yang mempunyai support yang baik, pantas dan cekap. Saya memang masih setia dengan Exabytes disebabkan Support Service yang cepat. Dan kalau ada masalah macam ni, boleh cuba tanya admin atau web developer atau penyedia web hosting tersebut.

Exabytes adalah salah satu penyedia webhosting di Malaysia yang terbaik

Selain itu, kita perlu delete plugin atau script dari blog kita yang kita dah tak guna bagi mengelakkan penggunaan database atau server yang tinggi. Biasanya masalah macam ini kerap berlaku apabila trafik blog dah semakin tinggi. Blog BloggerWanita Dot Com telah melebihi 100 ribu pelawat blog sebulan. Tidak termasuk spammer.. hihi

Harap artikel ini serba sedikit dapat membantu. :) Jemput like Official FB pageku: Dr Aya Norbayah

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

8 thoughts on “500 Internal Server Error – Kenapa?

  1. haih..ada je keje spammer ni..buat kacau je…

  2. Secara bahasa mudahnya, biasanya error 500 ni disebabkan server kite dah bottleneck, atau telampau sesak.

    Contohnya kemampuan server kita mampu menampung trafik 5000 trafik dalam sesuatu masa, tapi sekarang ni trafik dah mencecah 10000 trafik pada sesuatu masa.

    Sebab tu ada masa bila kita reload/refresh, terus boleh bukak balik, ada masa takleh, kena try beberapa kali baru boleh sebab pada masa yang sama, ramai lagi user lain yang dok refresh, atau spammer dah tapau habis trafik hehehehe.

    Penyelesaiannya,upgrade lah server kepada yang lebih besar atau bertukarlah kepada vps. hehehehe
    Alongxp recently posted..Sistem scan cap jariMy Profile

  3. Fuhhh.. tinggi traffik… blog sy dpt cecah 100 trafik sehari dah kira mujur..
    Akma Omar recently posted..Contest Review Lynk.my 2015My Profile

  4. hoho..

    tak apa.

    bersabarlah ye..

    biasalah tu bab-bab belog nih.
    titan recently posted..Kembali dengan penuh sinar TUJUH warna pelangi.My Profile

  5. gitu rupanya maksudnya..baru lah tahu

  6. Macam kena serangan brute force memang boleh lambat loading blog atau langsung tidak boleh view langsung.
    akubiomed recently posted..Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankanMy Profile

  7. saya cukup kaguum dengan blog ini kerana trafik yang tinggi..

    p/s :admin blog bukan budak perubatan lagi tapi Emak budak perubatan..he..he..
    Hero Borneo recently posted..Persediaan Menjadi Blogger Sepenuh MasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge