5 Perkara Menarik Pada Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger

Selamat Tahun Baru 2014!

Happy New Year 2014

Cepatnya masa berlalu. Tahun 2013 adalah tahun yang agak sibuk buatku. Namun sangat bermakna..

20 Mac 2013: Tarikh ini adalah tahun ke-3 Bloggerwanita.com. Alhamdulillah, dari hari ke hari, Bloggerwanita.com semakin dikenali dan trafik blog semakin meningkat.

3 Mei 2013: Aku telah bergelar seorang ibu. Aku telah selamat melahirkan anak sulungku melalui pembedahan ( Lower Segment Caesearean Section). Bayi lelaki dengan berat 3.1kg. Hari ini, genaplah usianya 8 bulan.

14 Mei 2013: Aku telah dinaikkan gred perkhidmatan dari UD44 kepada UD48. Alhamdulillah rezeki anak. Gred naik, gaji pun naik..

18 November 2013: Aku telah melapor diri di tempat kerja yang baru iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA). Sebelum ini telah bertugas di hospital daerah selama 3 tahun 6 bulan.

1 Disember 2013: Banyak projek blog yang aku buat untuk tahun 2014. Harap dapat membuahkan hasil. Amin. 🙂

Dikesempatan tahun baru 2014, Aya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan pembaca dan blogger yang banyak memberi sokongan dan komen yang membina.

Aya memohon maaf jika ada terkasar bahasa ye. Semoga tahun 2014 memberi lebih banyak kebaikan buat diri kita dan semoga hidup diberkatiNya. Amin.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

8 thoughts on “5 Perkara Menarik Pada Tahun 2013

  1. alhamdulillah.. banyak perkara indah dalam hidup kak aya.. =)
    syamimi recently posted..Sedapnya. . .My Profile

  2. selamat tahun baruu. semoga di tahun baru nih memperoleh rezeki yang berlimpah ruah
    shasha yacob recently posted..Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas PutihMy Profile

  3. Selamat menjalankan tahun 2014
    semoga di tahun ini, kita secara pribadi bisa lebih baik dari tahun2 sebelumnya 🙂
    Rina recently posted..How To Create A Simple Dynamic Calendar Table With PHPMy Profile

  4. tahniah, muda2 pon dah u48 . 🙂

  5. Untung lah doktor pakai time based. Hehe
    Que recently posted..Trofi Piala Dunia 2014 Di PWTC Kuala Lumpur | 5 JanuariMy Profile

  6. Selamat tahun baru 2014. Moga-moga yang direncanakan tercapai.
    akubiomed recently posted..Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014My Profile

  7. Banyak warna warni dan pahit manis dalam dunia kehidupan kita. Semoga lebih berjaya di tahun baru ini.
    Amran recently posted..4 Nikmat Wajib Disyukuri Setiap HariMy Profile

  8. @Aya Norbayah,

    Blog pun dah naik PR2 ni…

    🙂

    Amin Johar
    Webmaster
    PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..Tukar .blogspot.com kepada .Com PercumaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge