5 Peraturan Mudah Untuk Gembira

Semua orang nak gembira. Betul tak? . Hari ini, aku nak kongsi 5 peraturan mudah untuk kita nak sentiasa gembira. InsyaAllah.

Gembira

1. Bebaskan hati kita dari Kebencian ( Free your heart from hatred)

  • Janganlah kita saling benci-membenci sesama manusia, pasti hati kita sentiasa tak tenang. Selagi kita benci seseorang itu, selagi itu kita akan selalu mengingatinya , maka bertambah sakitlah hati kita dengan apa yang pernah dia lakukan kepada kita. Bukakan hati agar sentiasa memaafkan orang yang pernah menyakiti kita.
  • Contohnya sebelum tidur, Niat dalam hati ” Aku maafkan segala kesalahan orang yang pernah buat silap kat aku” . InsyaAllah, esok pagi, apabila bangun tidur, mungkin hati akan lebih tenang. Cubalah.

2. Bebaskan Pemikiran kita dari Kebimbangan ( Free Your Mind From Worries)

  • Cuba sentiasa berfikiran positif. Jangan berfikiran negatif atau fikir yang bukan-bukan. Contohnya, kalau suami kita lambat balik dari bekerja, jangan bimbang, jangan fikir yang bukan-bukan. Fikirkan mungkin dia banyak kerja kot kat pejabat. Cuba jangan fikir yang negatif, kalau ye pun, suami kita buat jahat kat belakang kita, InsyaAllah, satu masa,Tuhan pasti tunjukkan kat kita, tembelang mereka.

3. Hidup tidak berlebih-lebihan ( Live simply)

  •  Maksudnya sentiasa hidup besederhana.Kalau jiran kita beli kereta mewah, jangan kita juga terikut-ikut nak  beli kereta mewah sedangkan kita tak mampu. Kalau semua benda orang lain ada, kita nak juga, pasti kita akan sedih kalau tak dapat. Betul tak? Hidup besederhana dan mengikut kemampuan masing-masing.

4. Sentiasa memberi ( Give More)

  • Apa maksudnya? tidak semestinya, memberi disini bersifat kebendaan, ia juga boleh berbentuk bantuan atau dorongan. Contohnya, mudah menghulurkan bantuan kepada rakan atau jiran, mudah memberi pendapat, mudah bersedekah. Seperti orang selalu kata, memberi lebih baik dari meminta.

5. Kurang mengharap ( Expect Less)

  • Contohnya, Harijadi si isteri dah dekat, kita mengharap  suami akan memberi kejutan besar semasa hari jadi kita, mungkin dia akan belikan hadiah yang mewah-mewah untuk si isteri.  Malangnya, si suami sibuk bekerja sehingga  lupa pula tentang harijadi si isteri, tambahan lagi , hadiah langsung tak diberi. Mesti kita akan sedih dan kecewakan. Kesimpulannya, jangan berharap yang berlebih-lebihan. ^_^ . InsyaAllah, kita akan sentiasa gembira.

Apa pandangan korang?

14 thoughts on “5 Peraturan Mudah Untuk Gembira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge