Kerja.. Kerja..Kerja.. Itulah tanggungjawab aku sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital. 5 Hari aku tak update blog. Kenapa? sebab sibuk kerja. Selang sehari je, aku oncall. Setiap kali oncall, ada je pesakitku yang kritikal. Penat tapi tak boleh nak mengeluh sebab itu memang tanggungjawab dan amanah.
Nasib baik orang yang disayangi di sekeliling memahami kerjayaku. Betul juga kata mereka, aku ini adalah milik masyarakat juga. Jadi diorang memang memahami.
So apa cerita dalam 5 hari ini? Actually banyak nak kongsi cerita-cerita terbaru di blog ini tapi tak berkesempatan. Kerja kat hospital banyak nak diselesaikan. Antaranya:
- 11 laporan perubatan pesakit kena dibuat. Ini memang tugas doktor, kena buat laporan perubatan atau medical report.
- 1 perbentangan tentang kanser payudara kena disiapkan
- Mesyuarat pengurusan hospital kena dihadiri
- 2 rakan sekerja bercuti untuk ambil peperiksaan, so kerja diorang kena di cover la..
- dan banyak lagi kena buat.
Beginilah kehidupanku di district. Tugas doktor bukan sahaja rawat pesakit tapi urusan pentadbiran dan giving education juga perlu dibuat.
So harap rakan blogger dan pembaca BloggerWanita.com terus setia menanti cerita-cerita dan info-info terbaru di blog ini. Selalulah singgah ke blog usangku ini ye.. ![]()



er, blog usang? erm .. tidaklah usang sangat..
iAwani recently posted..Samsung Mendominasi Jualan Telefon Bimbit 3 Bulan Pertama 2012
baru tau sape pemilik blog ni.
doktor pun leh jadi blogger..memang respek. tabik spring!
terima kasih Melayukini… sebab minat..so kena pandai curi masa..
Salam mampir aja ah …
salam kenal…
bagaimana aya bisa membagi waktu dengan aktivity sebanyak itu?
slmt menjalankan tugas murni…..always keep in touch..
d. angel recently posted..Surat Cinta Untuk Yang Berkenaan…
yang setia menanti… Setiap artikel..
cikgu hairul recently posted..Ipad Terbakar
Terima kasih cikgu Hairul…