30 Tahun Hidup Di Dunia

Syukur Alhamdulillah, 20 Mac 2014, genaplah aku berumur 30 tahun. Angka 2 bertukar 3. Hihihi

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

20 Mac 2014 juga merupakan ulang tahun ke-4 BloggerWanita.com.

 

Kronologi 30 Tahun..

 

20 Mac 1984

  • Aku telah berjaya melihat dunia. Terima kasih ibubapaku yang menjaga dan membesarkanku.

14 Mei 2008

  • Aku telah berjaya bergelar seorang doktor perubatan.
  • Terima kasih buat guru-guru sekolah dan pensyarah yang banyak mengajarku.
  • Terima kasih buat teman-teman rapatku yang sentiasa bersamaku di waktu susah dan senang.
  • Hampir 6 tahun bergelar seorang doktor. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan, staf-staf dan bos-bosku yang banyak membantuku.

20 Mac 2010

  • Blog BloggerWanita.com dengan tagline Aku Seorang Blogger Wanita telah diwujudkan.
  • Terima kasih kepada semua rakan pembaca dan rakan blogger yang memberi sokongan selama ini.
  • Alhamdulillah, blog BW telah mencapai lebih 50K pelawat setiap bulan.

4 Julai 2012

  • Aku telah mendirikan rumahtangga dan berkahwin dengan seorang suami yang bertanggungjawab.
  • Terima kasih buat suamiku yang memahami dan menerima kelemahanku.

3 Mei 2013

  • Aku telah dikurniakan rezeki yang amat bernilai iaitu anak sulungku yang digelar “Si Bulat Awish” .
  • Terima kasih anakku kerana menceriakan hidup ibu.
  • Impian memiliki cahaya mata sebelum umur 30 tahun termakbul. Alhamdulillah.

Aya dan Si Bulat Awish

10 Januari 2014

  • Aku telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang pengedar Shaklee yang sah.
  • FB pageku MamaNiaga telah meraih lebih 12K Like.
  • Terima kasih buat mentorku dan rakan-rakan Shaklee yang lain yang banyak membantu.
  • Alhamdulillah, bulan pertama sertai Shaklee, menjana pendapatan 3 angka dan bulan kedua pula dah menjana pendapatan 4 angka.

20 Mac 2014

  • Alhamdulillah, aku telah diberikan rezeki hidup selama 30 tahun.

Terima kasih Ya Allah…

Terima kasih keluargaku…

Terima kasih rakan-rakanku…

Terima kasih guru-guruku…

Terima kasih staf-stafku…

Terima kasih pada semua… 🙂

 

Minta maaf salah silapku dan halalkan apa-apa ye.. Heee..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

8 thoughts on “30 Tahun Hidup Di Dunia

  1. alhamdulillah.. 🙂

    tercapai hasrat yang diinginkan..
    syamimi saad recently posted..Open Order Sambal Ikan Bilis KeringMy Profile

  2. tahniah atas semua kejayaan dan selamat hari lahir, semoga terus sukses dunia dan akhirat.
    Denaihati recently posted..Seminar DSR Property StrategyMy Profile

  3. dah 3 siri dah rupanya ye. hehe
    titan recently posted..Keputusan Pemenang Blogger Contest TalkShow Limpahan RezekiMy Profile

  4. selamat menyambut hari lahir ke 30 dr semoga sentiasa sehat

  5. Selamat menyambut hari lahir yang ke 30. semoga dimurahkan rezeki di dunia dan diakhirat 🙂
    Anis recently posted..Collagen?My Profile

  6. cunnya anak doktor,alhamdulillah di kurnikan kesihatan dan mencapai umur 30
    zulkifli recently posted..How to Get Started in Your IT CareerMy Profile

  7. Selamat meyambut hari lahir. Semoga dimurahkan rezeki hendakNya. 🙂
    akubiomed recently posted..Air mineral Spritzer kandungan OSA tinggi bukan sekadar penghilang dahagaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge