3 Cara Semak Daftar Pengundi Secara Online dan SMS

Assalamualaikum semua..

Bila Pilihanraya Umum Ke 13 ( PRU 13) ye ? Sebenarnya, Aya pun tak berapa pasti bila tarikh pilihanraya umum ini. Apa-apa pun, Aya cuba juga untuk menyemak di mana kawasan mengundi nanti. Rakan pembaca dah semak daftar mengundi?

Sekarang, kebanyakan urusan hanya di hujung jari. ^_^. Kali ini, Aya nak kongsikan bagaimana cara-cara semak daftar Pemilih atau Pengundi secara Online dan SMS. Jadi, sesiapa yang belum semak, boleh semak sekarang tau.

 

1. Cara Semak Daftar Undi secara Online

Ada beberapa link URL laman web yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia untuk semakan daftar undi tahun 2013. Antaranya:

Kita hanya perlu masukkan Nombor kad pengenalan kat dalam kotak yang disediakan. Contoh screenshot di bawah: Semakan Daftar Pemilih 1 untuk PRU 13

 

2. Cara Semak Daftar Undi secara Online

Link URL laman web di bawah ini pula, menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak.

Contoh screenshot di bawah: Semakan Daftar Pemilih 2 untuk PRU13

 

3.Cara Semak Daftar Undi secara SMS

Kalau nak guna SMS pun boleh juga, Taipkan:

SPR SEMAK NO.IC

Contoh : SPR SEMAK 800808128888

Hantar Ke : 15888

Mudah je kan? Selamat mengundi..

21 thoughts on “3 Cara Semak Daftar Pengundi Secara Online dan SMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge