Selamat Hari Tuberculosis Sedunia…
Apa bendanya Tuberculosis ini? TB atau TV ? 🙂
Masa kecik-kecik dulu, aku pun tak tahu apa bendanya TB ni, aku fikir televisyen..hehe.. Tapi bila dah besar , confirm aku kena tahu.haha.. dah namanya kerja di bawah kementerian kesihatan mesti lah kena tahu…
Tuberculosis ini adalah jangkitan kuman atau radang pada paru-paru yang disebabkan oleh satu bakteria yang dinamakan Mycobacterium Tuberculosis Bacilus.
Actually hari ini iaitu 24 Mac 2011, adalah Hari Tuberculosis atau TB sedunia.
Kenapa 24 Mac dipilih setiap tahun ?
Ini sempena penemuan kuman yang menyebabkan Tuberculosis ini oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882. Nama kuman atau bakteria ini adalah Mycobacterium Tuberculosis Bacillus. Unik kan nama Kuman ini… 🙂
Apa-apa pun, penyakit TiBi ini berjangkit melalui udara ye, so kena berhati-hati, jangan dekat dengan orang yang batuk atau bersin, terutamanya di kawasan umum. Kalo dah tak dapat lari, tutup hidung dengan sapu tangan. OK
Kalo korang ada tanda-tanda atau symptoms TB seperti di bawah ni, jumpa la doktor dengan segera sebelum melarat:
- Batuk yang berterusan
- Batuk berdarah
- Demam panas
- Selalu berpeluh banyak, terutama waktu petang atau malam
- kurang selera makan
- Susut berat badan
- Ada contact dengan pesakit TB
P/s: Mengelak Lebih Baik daripada Mengubati. OK?
P/ss: Tambahan lagi, 28 Mac 2011 ini , satu kempen diadakan di IPR Kuala Lumpur, terdapat pelbagai acara termasuk pemeriksaan kesihatan percuma sempena Hari Tibi Sedunia ini. So pergilah beramai-ramai ye. Info: Kosmo
Pengambilan suntikan ketika darjah 6 bertujuan untuk mengelakkan dari penyakit ni lah kan?
PakarBuahPinggang recently posted..Kanser Pundi Kencing
ya..BCG, tapi ada kajian menunjukkan BCG ini boleh protect kita maximum pun 15 tahun je.. itupun bukan 100 peratus..
Sekurang-kurang imunisasi sewal kelahiran telah mengambil suntikan
akubiomed recently posted..Aksi si montok dan si tembam