23 Pesanan Buat Suami

Assalamualaikum dan Selamat pagi. Hari ini, aku nak kongsi 23 Pesanan Buat Suami oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.  Berguna untuk panduan kita semua terutamanya kepada para suami di luar sana. ^_^

Pesanan Buat Suami

 

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.  Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sumber

Cuba kita amalkan pesanan ini termasuk jangan kentut depan isteri.Hehe.. InsyaAllah, mungkin boleh menjaga keharmonian rumahtangga kita. ^_^

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

18 thoughts on “23 Pesanan Buat Suami

  1. bab deman jimak perlu ambil kira..kalau langsung tak bagi susah juga
    Hero Borneo recently posted..Alahai GST Dah Terasa BahangnyaMy Profile

  2. betul , jangan selalu sebelum bercinta bukan main jaga kelakuan , lepas bercinta hampeh ..

  3. Jangan kentut depan isteri. ?? hehee xD

  4. hehe..mmg terbaik r…
    ivy recently posted..Giveaway BFF FOREVERMy Profile

  5. belum jadi suami lagi.. baca sekali imbas je untuk masa hadapan.. tu pun kalau ingat
    zool recently posted..Membeli tanah kampung – Harta Terbaharu ZoolMy Profile

  6. Terima kasih… pesanan yg bagus untuk ambo sbg bakal Suami.. 🙂
    Aktechpage.com recently posted..Video: Review Samsung Galaxy NoteMy Profile

  7. kena betul2 fahami pesanan buat suami nih..

    terima kasih aya 🙂
    Ayie Abas recently posted..Blog Daku Amat Menyintai Mu Genap 2 TahunMy Profile

  8. gua tak berapa faham. haha..
    titan recently posted..Resipi Rahsia Taufufah Sedap Tak Terkalah Nyum-nyum.My Profile

  9. Bagus pesanan nie. saya nak baca lebih2 takleh sebab saya tak kahwin lagi lol. hahaha 😀
    Anis recently posted..Jom exchange click iklan 😀My Profile

  10. Tp masa bercinta dulu kentut pun bau wangi.. Lepas kahwin baru naik baunyeeee.. Hehe..

    Btw, lepas ni boleh buat entry pesanan untuk isteri pulak.. Kena adil X-P
    Mr Doctor recently posted..FREEBIES : DOODLE COMELMy Profile

  11. Mmg tips yg terbaik. Rumahtangga dibina atas dua nama iaitu suami dan isteri. Jadi, mmg wajarlah nak kena amalkan petua2 ni…moga2 rumahtangga bahagia..cuma

    tips no 10 tu mungkin ada para suami payah sikit nak buat, aktiviti luar kawalan =)
    hafizmd recently posted..10 Calon Pilihan Mac!My Profile

  12. Banyak tauladan yang perlu dipatuhi oleh si suami.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Parlimen bubarMy Profile

  13. semoga lelaki-lelaki dan suami-suami di luar sana faham akan peranan memasing terhadap isteri anda…
    sukma recently posted..BUAT WIRA-WIRAKUMy Profile

  14. tips yang berguna. nice sharing. =)
    Wana wazm recently posted.."GA Demam ABPH By Wana"My Profile

  15. Banyak juga ye..In Sya Allah saya akan cuba ikut mana2 yang dah terlepas pandang tu..terima kasih..
    Hairul Azni recently posted..8 Koleksi Menarik Seni CinemagraphsMy Profile

  16. semoga bertambah sayang dalam hubungan kekeluargaan.. hihi 🙂
    HafizAmri recently posted..Tips Blogging MudahMy Profile

  17. Kentut depan isteri.. Heheheh. Kengkadang tu ada juga orang bukan setakat mekelas depan isteri, depan mak mertua pun dia buat juga. Ish.. Mengurangkan kasih sayang tau kalau buat camtu.
    Cikgu Hairul recently posted..Ragam Blogger Pra Pilihanraya, Pesanan Berguna Buat KitaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge