115 Tahun Penjara, 50 Sebatan untuk Perogol Bersiri

Bila baca berita kat Kosmo pasal hukuman penjara 115 tahun untuk seorang perogol bersiri, terkejut gak. Sebab ini kira macam dipenjara sampai mati ni. 50 Sebatan? Lagilah parah. Sekali sebatan pun, pesalah dah kesakitan selama sebulan, inikan pula 50 sebatan.

Tapi apapun, ini hanyalah balasan di dunia bagi seorang perogol, di akhirat kelak, kita tak tahu hukumannya macam mana kan?

 

Rabidin Satir
Rabidin Satir

Rabidin Satir, seorang penganggur,berasal dari Tambunan, Sabah, 42 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 115 tahun dan 50 sebatan atas kesalahan empat dakwaan merogol dan satu tuduhan meliwat.

Rabidin dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap tuduhan rogol dan tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara untuk tuduhan liwat.

Antara kesalahan Rabidin Satir:

 

  1. Rabidin dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong Bentong pada 9 Julai 2009
  2. Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di KM 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010
  3. Rabidin dituduh merogol kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara 12.30 pagi hingga 1.30 pagi 29 April 2011
  4. Rabidin dituduh merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara 1 pagi hingga 2.30 pagi

Boleh dikatakan setiap tahun, beliau merogol remaja bawah umur. Apa-apa pun dalam rayuannya,perogol tersebut memohon maaf dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan. Namun rayuannya ditolak.

Ini adalah pengajaran buat perogol. Bayangkanlah bagaimana nasib, kesakitan dan perasaan mangsa-mangsa rogol yang trauma akibat tindakan perogol ini.

8 thoughts on “115 Tahun Penjara, 50 Sebatan untuk Perogol Bersiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge