11 Istilah Asas Blogging yang perlu Diketahui

Hari ini baru habis kerja, penat gak. Tapi masih bersemangat untuk berblogging. hehe. Kerja di pedalaman agak sunyi sikit, jadi internet sajalah teman setia untuk mengisi masa lapang. Bercakap tentang blogging hari ini, Aya ( eh, Aku Aya lah pula, takpalah ye, lebih mesra sikit kalau tentang tutorial ni )nak kongsi bersama blogger-blogger baru beberapa istilah asas dalam blogging yang perlu kita tahu.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Photo Credit to Labedah

1. Blog

  • Apa benda blog ni? tak taulah. Jangan risau, dulu Aya pun tak tau apa bendanya ni.hehe. Lama-lama, faham juga. InsyaAllah. Blog ni macam diari lah tapi dalam versi internet. Kita tulis lah apa-apa kat blog tu sama ada tentang kehidupan kita, minat atau kepakaran kita.

Blog: Online diari

 

2. Blogger

  • Aku adalah seorang Blogger Wanita. Maksudnya, Aya ada blog ini iaitu BloggerWanita.com, Aya tulis tentang kisah aya dan pelbagai tutorial dalam blog. So, Aya ni boleh digelar sebagai blogger lah, tapi bukan blogger glamour la 🙂

Blogger = Penulis blog

 

3. Blogging

  • Blogging ini pula adalah aktiviti menulis dan mengupdate blog ni. Contohnya, kalau Aya tambah cerita-cerita baru di blog ini, oleh itu,  Aya dikatakan tengah berblogging

4. Blogger.com

  • Dulu mula-mula berblogging, Aya guna blogger.com. Blogger.com ini adalah penyedia perkhidmatan blog yang percuma. Orang kata antara penyedia blog yang popular dan dimiliki oleh pakcik Google. Kita tidak perlu beli domain dan webhosting sendiri. Blogspot.com adalah nama domain utama yang diberikan kepada blogger.

Contoh : NamaAnda.blogspot.com

Blogger.com = Blogspot.com

[thumb]http://www.blogger.com[/thumb]

 

5. WordPress.com

  • Jangan keliru dengan perisian wordpress ok. Nanti aya terangkan tentang perisian tu,yang pasti wordpress.com ini adalah salah satu penyedia perkhidmatan blog yang percuma di mana ia dibina melalui perisian wordpress. Dulu Aya keliru juga dengan perisian tu. takpa-takpa, jangan risau, lepas ni boleh faham punya. 🙂
  • Nama domain utama adalah wordpress.com dan ianya percuma.  Kita akan dapat macam subdomain.

NamaAnda.wordpress.com

[thumb]http://www.wordpress.com[/thumb]

6. WordPress.org

  • laman web ini adalah laman rasmi bagi perisian wordpress. kita boleh download secara percuma di website tersebut. Perisian ini perlu diinstall ke cpanel webhosting kita. Dengan adanya perisian ini, kita boleh memiliki blog dengan nama domain sendiri. contoh: www.namaanda.com

Contohnya. BloggerWanita.com ini menggunakkan perisian wordpress

[thumb]http://www.wordpress.org[/thumb]

[thumb]http://www.bloggerwanita.com[/thumb]

7. Plugin

  • Apa benda pula ni? Plugin ini macam aksesori untuk blog. Plugin ini digunakan dalam blog yang menggunakan perisian wordpress. Tujuannya, banyak juga, tujuan utama adalah untuk meningkatkan prestasi dan kegunaan blog tersebut. Macam- macam jenis plugin disediakan. Contoh plugin untuk tingkatkan ranking kat enjin carian, plugin yang boleh pengunjung mesej kita melalui ruangan contact dan macam2 lagi.

8. Widget

  • Mengikut pemahaman saya, dia pun lebih kurang macam plugin iaitu aksesori blog . Widget atau Gadget ini banyak digunakan untuk blogspot.com. Tujuannya adalah sama untuk mencantikkan lagi blog kita, tingkatkan prestasi dan friendly user blog kita.

9.Blogsphere

  • paling senang nak faham, kalau alam cyber tu dunia internet, blogsphere pula adalah dunia blog

10. Blogroll

  • Senarai link blog untuk bloggers yang lain

11. Blogwalking

  • aktiviti berkunjung ke blog-blog orang lain.

Beberapa keterangan istilah diatas adalah berdasarkan pemahaman dan rujukan Aya. Jika salah atau ada tambahan boleh komen di bawah.

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

15 thoughts on “11 Istilah Asas Blogging yang perlu Diketahui

  1. terima kasih…ini sgt lah berguna utk blogger newbie seperti saya..
    PerenLee recently posted..Cara Bayar Astro di Pejabat Pos Tanpa BilMy Profile

  2. barulah saya faham serba sedikit ttg dunia blog ni..he333..makasih ye blogger aya…

  3. owh, baru saya faham, saya ni baru je nak berjinak-jinak dengan blogging, untuk isi masa lapang. thaks kerana beri tip yang bagus.
    syazdream recently posted..Tumbukan Baca SMS SuamiMy Profile

  4. kak.. sa baru dlm berblogging ni n nak tanya mcmana nak buat taip ja nama my blog d google trus jumpa ja cz my blog skng kena taip d url baru dapat tgk my blog.. harap kak dapat membantu..
    dubab recently posted..im the beginnerMy Profile

    • Salam perkenalan dubab..selamat datang ke dunia blogging.. Akak cuba klik blog adik, tapi yang keluar BLOG NOT FOUND.. adik dah delete ke blog tu?

  5. syukhairey says:

    hehehe…trm kasih kongsi pasal blogging tutorial ni. sy paling suke part2 cam ni sbb sy newbie. ^_^ best2 dapat info free walaupun cuma basic.

  6. Tak ramai yang tahu istilah nasib baik tidak ada program peringkat Sarjana untuk blog tentul fail 🙂
    .-= akubiomed´s last blog ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha =-.

  7. Thanks aya atas perkongsian info di atas.Hampir dua bulan berblogging baru tau istilah-istilah di atas.
    .-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Kolestrol &amp Buah Pinggang Kronik- Bah 2 =-.

  8. kelass u kak Aya..nice homework..wpun dlm kesibukan msih mampu berkongsi ilmu yg berguna..nnti leh ajar Que psl wordpress k..blur2 lg ni
    .-= Que´s last blog ..Langkawi Mission – Part 2 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge