10 Hari Tempoh Bertenang

Terima kasih banyak-banyak buat semua rakan blogger kerana berminat menyertai program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger. Aya menerima lebih dari 100 penyertaan dalam masa sehari. Aya tak sangka respons yang sebegini baik dari blogger Malaysia. Kalau Aya tahu, Aya umumkan sehari sebelum program dilancarkan je. ^_^.

Untuk pengetahuan rakan blogger, hanya 100 blogger-blogger terawal berdaftar sahaja yang terpilih untuk program ini tanpa mengira status trafik blog masing-masing.

100 blogger yang terpilih ini akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrel ke blog BloggerWanita.com setiap bulan.

Apa maksud Top 10 Referrel?

Maksudnya adalah 10 blog yang menyumbangkan trafik tertinggi ke Bloggerwanita.com setiap bulan. 1 Trafik akan dibayar RM0.05. Contoh 10000 trafik, maka bayaran adalah RM500 (10000 X RM0.05)

Jadi, rakan blogger kena berusaha untuk menyumbangkan trafik tertinggi setiap bulan untuk menerima bayaran wang tunai tertinggi juga.

Ada 10 hari lagi sebelum program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger dilancarkan iaitu pada 1 April 2012. Rakan blogger boleh menyusun strategi untuk program ini. 10 hari ini adalah tempoh bertenang dan tempoh strategi trafik. Hehehe.

Jumlah trafik hanya dikira bermula tarikh tersebut.

Rakan blogger yang terpilih perlu ambil peluang untuk bersaing secara sihat dengan blogger lain. Lebih banyak trafik ke Bloggerwanita.com, maka lebih banyaklah wang tunai. Inilah dikatakan win-win situation.

Selamat Mencuba! Tapi Bertenang dulu ye… ^__^

23 thoughts on “10 Hari Tempoh Bertenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge