10 Hari Lagi, Hari Raya…

Alhamdulillah, dah 20 hari kita berpuasa. InsyaAllah tinggal 10 hari lagi, jika dipanjangkan umur, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..Tahun ini, aku dapat cuti panjang skit.. Yipiee.. 🙂

shopping-hari-raya

Hari ini, aku tak kerja. So curi sedikit masa pergi shopping dengan my bestfriend. Banyak juga barang aku beli. Baju kurung ready made , kasut dan 8 pasang tudung dan macam-macam lagi. 8 Pasang tudung? biar betul.. hehe.. Actually beli tudung untuk pakai kerja nanti. Maklum lah sekarang kan banyak promotion, so ambil peluang untuk beli pakaian dan tudung kerja sekali. Jimat skit.

Ramai sangat orang kat bandar, sampai pening kita dibuatnya. Nak cari parking kereta satu hal lagi, setengah jam baru dapat jumpa parking. Lepas tu, jauh plak dari pasaraya. Betul-betul takda rezeki hari ini. Huhu..

Apa-apa pun, puas hati dah gi shopping walaupun penat gila..hehe

Hari ini, aku kena tido awal sikit dan kena rehat  secukupnya, sebab esok kena kerja On-Call pula. Ramai pesakit tengah menungguku.. 🙂

3 thoughts on “10 Hari Lagi, Hari Raya…

Leave a Reply to d. angel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge