10 Hadiah Anniversary untuk Isteri

[quote]Kalau sesiapa nak buat isterinya tersenyum dan gembira, berikanlah hadiah buat isteri-isteri anda pada hari-hari istimewa mereka. InsyaAllah, pasti mereka tambah sayang kat si suami.[/quote]

Percayalah!

Hari ini, Aya nak kongsi 10 hadiah-hadiah yang menarik yang boleh diberikan kepada para isteri. Hadiah ini boleh diberikan juga pada hari jadi isteri, hari ibu atau apa-apa hari yang special buat kaum wanita.

Hadiah Anniversary untuk Isteri

Apa hadiah yang sesuai, menarik dan terbaik untuk isteri?

Apa yang dikongsikan di sini adalah hadiah yang boleh diberikan dalam bentuk fizikal. Bagi Aya, hadiah yang terbaik untuk wanita iaitu para isteri adalah doa agar sentiasa sihat, murah rezeki dan bahagia dunia dan akhirat. Betul tak?

10 Hadiah Anniversary untuk Isteri adalah:

1. Emas

  • Tanyalah mana-mana wanita, mesti gembira kalau si suami hadiahkan emas. Emas ni boleh dalam bentuk rantai, gelang, cincin atau anting-anting.
  • Kenapa perempuan suka emas? sebab emas ini nilai harganya adalah tinggi, emas bukan sahaja boleh dijadikan barang perhiasan buat wanita tetapi juga boleh membantu kita di kala susah. Setuju?
  • Disebabkan emas, anda boleh jadi jutawan tau seperti Azizi Ali

2. Berlian

  • Kalau si suami bergaji mahal dan mampu membeli barang perhiasan berlian, wah, senyum memanjang si isteri tu. Hehe

3. Jam tangan

  • Jam tangan untuk isteri pun menarik juga, kalau beli yang sepasang untuk suami dan isteri, lagi romantik.

4. Baju

  • Baju untuk wanita pun, boleh dijadikan hadiah anniversary tapi biasanya citarasa suami tak sama dengan isteri. So, kalau nak buat surprise, ajaklah adik ke, kakak ke untuk tolong bagi pandangan masa beli baju tu. Kalau nak hadiahkan baju tidur pun, lagi romantik. Hee

5. Kasut

  • Perempuan mesti suka kasut tapi janganlah beli kasut sukan pula ye. Hehe. Tapi si suami kena tahu saiz kasut isteri. Kalau tak tahu, mungkin boleh tanya jurujual kalau masih boleh tukar, kalau kasut tu tak muat nanti.

6. Tudung

  • Haa, sekarang ni macam-macam fesyen tudung. ada lilit kat kepala, lilit kat leher dan ntah macam-macam boleh lilit.hehe. Tapi kalau nak beli tudung yang dah siap jahit, kena tahu juga saiz muka isteri. Kalau tak memang tak sesuai tu.
  • Korang boleh ambil tudung yang biasa dia pakai dan jadikan contoh masa membelinya.

7. Bunga

  • Perempuan pun ramai yang suka bunga. Romantik gitu terutamanya bunga ros. Kalau si suami bagi bunga, lepas tu ajak makan makan berdua dengan ala-ala candle light dinner, mesti menarik.
  • Tapi si isteri pun, kalau si suami dah sanggup buat macam tu, jangan la pula cakap “Bertabiat ke orang tua ni” . Kesian kat suami tu. Kena juga jaga perasaan suami ye.

8. Quran digital

  • Sekarang ni, dah glamour Quran dalam bentuk digital. Harga dalam RM280 – RM300 untuk sebuah. Kalau nak galakkan si isteri mengaji quran, sangatlah sesuai. Pahala pun berganda.

9. Tiket percutian

  • Salah satu cara mengeratkan hubungan suami isteri adalah pergi bercuti seolah-olah berbulan madu setiap tahun. Hadiahkan tiket percutian bersama untuk si isteri. Kepada sesiapa yang bekerjaya, pastikan masa tu boleh cuti ye. Kalau tak, rugi je beli tiket tu.

10. Gadget

  • Zaman moden ini, hadiah gadget seperti handphone, ipad, iphone, laptop dan macam-macam lagi boleh dijadikan hadiah annivesary.
  • Aya dapat gadget Samsung Galaxy Note II dari suami sempena hari anniversary kami yang pertama. Seronok sangat. Senang nak check email, facebook, beronline dan apa-apa aktiviti berkaitan internet. Thanks hubbyku.

Tips: Selain dari 10 hadiah anniversary untuk isteri yang dinyatakan di atas, si suami boleh pilih hadiah mengikut minat si isteri. Kalau dia minat baca novel, mungkin boleh belilah novel terbaru. Kalau dia suka masak, mungkin boleh beli peralatan memasak yang baru dan macam-macam lagi.

Harap info ini, berguna untuk para suami. Apa pendapat anda?

Suami: Apa hadiah yang korang bagi untuk isteri?

Isteri: Apa hadiah yang korang dapat dari suami?

Jom share…

25 thoughts on “10 Hadiah Anniversary untuk Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge