10 Cara Menjadi Lelaki dan Suami Romantik

Majoriti wanita suka lelaki yang romantik. Apatah lagi bila dilayan sangat istimewa seolah-olah tiada perempuan yang lebih baik darinya. Tapi berapa ramai lelaki terutamanya suami yang romantik di luar sana? Bagaimana cara untuk menjadi lelaki atau suami yang romantik? Jom kongsi info yang baik punye dari Facebook .. ^_^

Suami Isteri

1. Beri Bunga

  • Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, berilah hari-hari biasa pun tak mengapa, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang. Macam orang tak betul dah..hehe

.
2. Ungkapkan Ucapan Sayang

  • Jangan pernah bosan untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pun takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya… Oh ye, kalau tulis kat tisu, hati-hati gak, jangan jadi tisu tandas dah..hehe

 

3. Pandang Mata Pasangan

  • Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.

.
4.  Bicara Dengan Lembut

  • Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong kawal emosi ketika berbicara ok.

.

5. Berpimpin Tangan

  • Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri) . Kalau masih couple, elakkan berpegang tangan, belum Halal lagi. Sabar sikit ye. ^_^

.
6. Sentiasa senyum

  • Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.

.
7. Pakaian sedondon

  • Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pun, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya…

.
8 . Kunjungi Tempat Yang Romantik

  • Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pun apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.

.
9. Memberi Kejutan

  • Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.

.
10. Memujuk

  • Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk ye. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.

Seorang wanita mesti suka bila mendapat layanan yang istimewa dari seorang lelaki. Apatah lagi kalau layanan istimewa itu dari seorang suami. Susah nak jumpa lelaki atau suami yang romantik tapi kalau dapat memang bertuahlah wanita tu.

Apa pendapat korang? Ada cara lain lagi untuk jadi romantik?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

17 thoughts on “10 Cara Menjadi Lelaki dan Suami Romantik

  1. Serius, saya memang tak romantik..haha
    Hafizul recently posted..4 Idea Sambutan Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  2. sya ade boyfie tapi sya tak suka dia . harap sgt dapat bercinta lepas kahwin .lg berkat .

  3. Panduan yang bagus untuk para para suami.. boleh cuba
    MindaKini recently posted..Doa Pendinding Bagi WanitaMy Profile

  4. sangat berguna ni kpd yg plan nak kahwin…tapi pandang mata pasangan tu memang sgt berkesan tau,saya alami sendiri.
    PerenLee recently posted..Cara Bayar Astro di Pejabat Pos Tanpa BilMy Profile

  5. memang tips yang berkesan tuk lelaki. semua prempuan nak lelaki yang romantik! =)
    Wana wazm recently posted..Segmen Topup 24 Jam FizgraphicMy Profile

  6. nak belajar jadi romantik juga lah lepas nie :)
    HafizAmri recently posted..10 Perkara Yang Selalu DibazirkanMy Profile

  7. gua tak pandai pujuk. gua pandai pasang umpan aje.
    titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 31My Profile

  8. kena bagi pasangan baca..baru dia lebih memahami..
    Mimie Najib recently posted..Gwiyomi & Bobo HotsMy Profile

  9. Hi Aya,

    Wah tak sangka rupa rupanya pakai sedondon ni ciri2 lelaki romantik :), sbb saya selalu keluar dgn tunang berpakaian sedondon :)

    Regards,
    transport | Pippi
    Rosley recently posted..Let’s Talk About FlippaMy Profile

  10. Kena belajarla kot sikit2 lepas ni..hehe

  11. Belum jadi suami… Hehehe… X boleh lagi nak romantis belebih2 nie…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Download MP3 Cara Sedap!My Profile

  12. tip2 ini memang baik punya…untuk menjadi lelaki romantik.
    hanafi abdullah recently posted..Mengenali Kerabat Iblis Dan Tugas Khas MerekaMy Profile

  13. Sweet je baca tapi ntah napa saya tak berapa suka dengan laki yang romantik. hahaha. geli semacam >.<
    Anis recently posted..Segmen Kenalkan Diri – CIK i l yMy Profile

  14. Lelaki Asia sukar menonjolkan sifat romantis. :-)
    akubiomed recently posted..Air terjun Serendah mandi manda paling syiokMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge