10 Cara Mengelakkan Jangkitan Kulat Di Kemaluan

Sebelum ini, aku ada post tentang masalah keputihan dan kegatalan kemaluan yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Punca, risiko dan rawatan serta ubat telah dibincangkan.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Jangkitan Kulat Candidiasis

Bagaimana pula cara untuk mengelakkan jangkitan kulat di kemaluan wanita?

1. Jaga kesihatan badan kita sebaik mungkin dan jaga pemakanan seharian kita.

2. Jangan biarkan bahagian kemaluan kita sentiasa lembap. Selain mudah terkena jangkitan kulat, kulit di bahagian kemaluan dan celah paha akan mudah menjadi kehitaman.

3. Penggunaan spermicides atau pencuci kemaluan mungkin boleh mengganggu pH dan normal flora di faraj wanita dan seterusnya menyebabkan kulat tumbuh berlebihan.

4. Elak penggunaan seluar ketat atau jeans yang ketat

5. Pastikan cuci kemaluan dengan bersih

6. Elakkan penggunaan antibiotik tanpa keperluan yang tepat.

7. Jika anda mencuci kemaluan dengan tisu tandas, lap dengan tisu dari anus kepada faraj bagi mengelakkan kulat dari anus berpindah ke faraj

8. Pakai seluar dalam yang membolehkan bahagian kemaluan sentiasa kering dan kurang panas, contohnya, seluar dalam yang diperbuat dari kain cotton dan elak kain Nylon.

9. Jika memakai pad atau tuala wanita, pastikan kita kerap menukarkannya

10. Elak pakai deodorant, feminine spray atau pewangi kemaluan bagi mengelakkan gangguan normal flora dalam faraj

Harap info yang diberikan dapat membantu rakan pembaca serba sedikit. Tapi sekali lagi dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor masing-masing untuk pengesahan dan rawatan penyakit. Okey

Ada sebarang pertanyaan? Atau mungkin nak berkongsi pengalaman?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

8 thoughts on “10 Cara Mengelakkan Jangkitan Kulat Di Kemaluan

  1. haha..seganlah kak nak baca artikel mcm ni..tambahan pula siap ada gambar lagi..sooo segan lah macam ni…hahahaha
    Hafizul recently posted..Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

  2. ok. baik. informasi yang bagus. hoho..
    titan recently posted..Hanya undi jika rasa aku layak untuk menang.My Profile

  3. saya ad masalh kegatalan pada bibir kemaluan dan bhagian faraj…
    macam mane ye nak atasi…

  4. thank’s for information k.aya.. =)

    dulu ada juga guna pencuci tu..tp sekarang x pun..
    Mimie Najib recently posted..M.A.L.A.S.S.S.S L.A.A.A.A.A.A.AMy Profile

  5. terima kasih di atas perkongsian saudari.

  6. okey , habis tu , sy ada guna pencuci kemaluan , x bleh ke ? blh dikatakn stiap hari sy guna.
    Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-TubiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge