10 Blogger Terbaik Malaysia

Sebelum ini, aku ada post tentang Anugerah Blogger Popular 2013. Agak-agak koranglah, bolehkah anugerah seperti ini dianjurkan untuk blogger-blogger Malaysia? Takda yang mustahilkan.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Ok, kita lupakan dulu tentang anugerah blogger popular. Hari ini aku nak join satu contest SEO 10 blogger terbaik Malaysia yang dianjurkan oleh blog OhCikgu.com. Mula-mula nak jadi penaja tapi kali ini, tiba-tiba terasa nak join pula contest SEO ini. Saja, nak mencuba nasib.

Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.com, Nadot.my, Effortlab , Cik Laili, Halim RDF, LadfeAmir, AmiRini, Myadyna, My Adam, Ranggi Lifestyle, Minda Emas Network, CikTOM, Miecyber’s Blog, Hamdan’s Blog, Kain Cotton Murah, booblogs.com, Cheese Maz, Kakimedia.MY, ContengConteng.com dan Blog Hati Putera

Aku takdalah terror sangat bab-bab SEO ini tapi tak salah mencubakan.Heee. (senyum-senyum kambing)

Oklah, tanpa bercerita panjang, aku nak kongsi 10 blogger terbaik Malaysia di mataku. Aku pilih blogger-blogger di bawah ini atas dasar penulisan mereka yang menarik perhatianku, pelbagai info berguna dan mereka semua cantik-cantik dan tampan-tampan belaka. :). Pertama kali baca blog mereka, aku mesti nak baca lagi.

 

10 Blogger Terbaik Malaysia

Gambar Fatin Liyana
Fatin Liyana

1. Fatin Liyana. Siapa yang tak kenal adik Fatin, Sila angkat kaki, hehe. Fatin Liyana adalah salah seorang blogger yang popular dan terbaik di Malaysia. Ada orang kata, Fatin Liyana seorang yang gedik dan syok sendiri dalam penulisannya, tapi bagi aku, beliau seorang yang sempoi sebenarnya dan kelakar juga. Dan kalau korang nak tahu, adik Fatin adalah seorang pelajar perubatan, sama bidang dengan aku ni.

Gambar Kak Kujie
Kak Kujie

2. Kujie2. Aku suka blog kak Kujie. Kenapa? Sebab banyak tips-tips blogging dan tutorial yang dikongsikan. Kak Kujie adalah seorang blogger yang berusia 40 an yang terbaik punya. seorang ibu,isteri dan juga blogger yang hebat.

Gambar Kak Yanmie
Kak Yanmie

3. Yanmieonline. Satu lagi blogger yang aku rasa terbaik di Malaysia. Kak Yanmie adalah salah seorang blogger yang pernah menang ipad2 tau untuk contest yang dianjurkan dalam dunia blogging. Setahu aku, kak Yanmie ni orang Sabah juga tapi telah menetap di Semenanjung bersama keluarga. Beliau seorang wanita, isteri, ibu dan juga blogger yang mantap. Kalau korang tengok blog kak Yanmie, beliau selalu dapat advertorial post kat blognya kerana pengiklan yakin dengan penulisan beliau.

Gambar Pemilik Blog Denaihati
Pemilik Denaihati

4. Denaihati. Siapa yang tak kenal Denaihati atau DH. Pemilik denaihati ini adalah seorang yang pemurah sebab beliau selalu menganjurkan pertandingan-pertandingan dengan hadiah-hadiah yang lumayan kepada blogger. Penulisannya yang islamik dan banyak info-info yang berguna di blog beliau.

Gambar Titan dan Cendol
Aku tak jumpa gambar Titan, jadi aku letak gambar cendol je. Heeee

5. Titan. Okey, Ini salah seorang jejaka ensem dan juga blogger yang terkenal dengan Cendol Bantingnya. Blog Earncent.com adalah antara blog yang terawal aku kenal sebelum wujudnya Bloggerwanita.com. Dari dulu, sampai sekarang, theme blognya tak pernah berubah. Tetap cendol gitu. Beliau banyak berkongsi tentang peluang-peluang jana pendapatan secara online di blognya.

Gambar Ailyl Rozanna
Ailyl Rozanna

6. Ailyl Rozanna. Satu lagi blogger terbaik di Malaysia di mataku. Mungkin ada yang tak berapa kenal beliau kerana sekarang, Ailyl agak kurang aktif berblogging sejak bergelar seorang ibu. Aku suka blog Ailyl Rozanna kerana penulisannya yang slamba, bersahaja dan kelakar. Ailyl adalah salah seorang blogger wanita yang comel dan ala-ala Korean-look.

Gambar Ariff Shah
Ariff Shah

7. Ariffshah. Satu lagi blogger tampan seperti Titan. hehe.. Adik Ariffshah ini adalah bekas pelajar kejuruteraan di Rusia. Blogger yang mahir SEO dan juga seorang blogger yang berminat dalam bidang pelaburan dan hartanah. Muda-muda dah fikir untuk maju di masa depan, memang patut untuk dicontohi.

Gambar Redmummy
Kak Redmummy

8. Redmummy. Seorang blogger wanita yang berjaya memperolehi beribu ringgit melalui blogging. Penulisannya yang santai mampu menarik banyak pembaca dan juga pengiklan. Seorang wanita,isteri, ibu dan juga blogger yang popular di Malaysia.

Gambar Pemilik Blog Serius
Aku tak jumpa gambar pemiliknya,jadi aku letak gambar headernya yang serius..

9. Blog Serius. Kalau korang baca blog ini, pastikan dulu muka mesti serius. Haha. gurau jak. Blog serius pernah menang sebagai juara Top Humor 2011 anjuran DIGI. Banyak info yang menarik, pelik, unik dan luar biasa yang dipaparkan dalam blog tersebut.

Gambar Abang Nara
Abang Nara

10. Beautifulnara. Hiburan, selebriti dan gosip artis semuanya ada di blog Beautifulnara.com. Aku rasa pemiliknya adalah salah seorang blogger terbaik Malaysia. kalau korang tengok user yang online memang tinggi setiap hari, sehingga mencecah 2000 lebih useronline satu masa. Aku rasa majoriti orang suka hiburan, sebab itu blog Beautifulnara mampu menarik banyak pembaca. Hebatkan.

Ramai lagi blogger-blogger yang hebat,popular dan terbaik di Malaysia tapi tak dapat dikongsikan dalam post ini. Sebenarnya, aku dah penat menaip ni, Hee, apa kata korang lagi bagi pendapat?

Ps: Gambar-gambar di atas diambil dari rakan-rakan blogger, Mohon kebenaran ye..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

22 thoughts on “10 Blogger Terbaik Malaysia

  1. wah! sangat bagus dgn adanya senarai blogger terhebat di malaysia ini. sangat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan. semoga pertandingan yg dianjurkan dapat menyuburkan smgt para blogger! ;))

  2. salam sdri. semoga suksess dalam contest seo ni ye, sy dtg ziarah dan salam perkenalan ye..:)-
    cik matahariku recently posted..Debaran Contest SEO :10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  3. Good Luck Sis… Blog ini memang mantap… 😉
    Anuar recently posted..Blog 5 Minit Vs Blog 3 tahunMy Profile

  4. 10 Blogger Terbaik Malaysia yang disenaraikan di atas semuanya hebat-hebat belaka…

    Contest ini akan berakhir tak lama lagi… Semoga entri ini dapat terus kekal berada di page pertama Google…… 😉
    Anuar recently posted..Blog 5 Minit Vs Blog 3 tahunMy Profile

  5. Selamat berjaya diucapkan,blogger-blogger yang tersenarai tu memang terbaik dikalangan terbaik
    wazy recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  6. Duk atas ke duk bawah ke…yg penting kita dah usaha dan mencuba….semoga terus berjaya sis.
    yas recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  7. semoga berjaya yer..dan tahniah..
    aREE recently posted..ATM UNGGULI CARTA LIGA SUPERMy Profile

  8. Good Luck yer.. cikgu nak gi terjah blog2 yang baru perasan sebab aya dah review.. TQ ye..
    cikgu hailmi recently posted..PELAJAR | Tips Belajar Mudah Ingat Dari Ulama TerkenalMy Profile

  9. moga berjaya
    memang pilihan yang terbaik dah tu…
    auc recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  10. terima kasih kerana berminat menyertai contest ini. 🙂
    ohcikgu recently posted..Time to Give Back – Children’s Protection SocietyMy Profile

  11. […] Bloggerwanita.com (PR2) […]

  12. banyak jugak blogger aku tak kenal rupanya..makin banyak blog aku masuk, makin banyak tak kenal..pesat sungguh perkembangan dunia blogging kat malaysia ni..semoga berjaya dalam pertandingan yang disertai..
    Sharafie recently posted..Tips Bakal Pengantin Wang Hantaran PerkahwinanMy Profile

  13. kebanyakkan nama yg tersenarai ni saya kenal. hehehehe kawan2 blogger jugak cume 1 jelah yg tak kenal. nnti nak terjah.
    Lizz recently posted..Jobdirumah.com Platform Carian Kerja Sambilan Terbaik di MalaysiaMy Profile

  14. Terimakasih… moga berjaya dalam contest ini

  15. salam aya 🙂

    ayie jarang singgah ke blog2 mereka…pd ayie ada lagi blogger lain yg lebih terbaik…hehehe 😛
    Ayie Abas recently posted..SUAMIKU DAIE – Siri Koleksi E-CerpenMy Profile

  16. Selamat berjaya dengan penyertaan contest SEO ini. 🙂
    akubiomed recently posted..Blogger perlu membaca ini semua poyoMy Profile

  17. semoga berjaya untuk contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia ohcikgu.com. Billion terima kasih denaihati.com berada dalam senarai 10 terbaik yer.
    Denaihati recently posted..Kisahnya Secebis Hati part 14My Profile

  18. ok. gambar diterima selepas habis bermesyuarat tadi.
    titan recently posted..PR3 tak terkalah.My Profile

  19. Semua blogger yang disenaraikan memang menarik dan mampu menarik hati untuk melawat blog mereka berulang kali. Bila agaknya lepakk akan menjadi popular seperti senarai blogger diatas.
    Semuanya memerlukan usaha insyaAllah
    lepakk.com recently posted..Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat TerbaikMy Profile

  20. Masih ada yg belum pernah sy masuk blog yg disenaraikan kat atas ni.. nnti kena terjah la..
    AkmaOmar recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  21. hebat2 betul blogger kita ni. harap2 nanti kita pun tersenarai hihi
    Hiburan recently posted..Apa Hukum Hisap Shisha?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge